Post by S.K CintaZeni on Feb 18, 2008 21:22:57 GMT 8
Salam,
Saya ingin berkongsi cerpen di bawah ini yang tersiar di BH pada 29 Oktober 2007 untuk dibincang bersama. Dalam banyak-banyak cerpen yang telah saya "scan through" selama beberapa minggu ini di Ruangan "OBOR", saya fikir cerpen penulis 15 tahun ini menunjukkan potensi yang sangat baik - ada kematangan memikirkan isu-isu penting dalam masyarakat yang melangkau masalah sosial yang biasa didengar. Ada tanda-tanda dapat memahami fikrah Islami. Dia juga dapat menulis dengan baik, menggunakan bahasa yang baik. Ada sesuatu yang segar yang d**enalkannya dalam cerpen ini: Penggunaan + dan - untuk watak-watak yang berdialog. Bakat yang harus digilap dari muda ni!
(Saya ada komen sikit tentang komen pengelola kat bawah sekali...)
HAK
Oleh: Muhammad Khairool Haque
DIA hanya berdiri menantikan Tuan Hakim menyoalnya.
Bilik mahkamah itu gelap hanya dengan suluhan lampu kuning terpancar terhadapnya dan Tuan Hakim yang berbaju hitam di tengah-tengah kegelapan.
Terpancar perasaan yakin di wajahnya dengan pancaran cahaya lampu kuning terhadapnya walaupun dia berdiri di hadapan Tuan Hakim, orang yang akan menentukan nasibnya.
Dia tidak sedikit pun gentar ataupun gusar kerana yang berdiri di hadapannya adalah seorang makluk yang diciptakan-Nya juga dan dia hanya mahu menegakkan suatu kebenaran.
Tuan Hakim tidak memperlihatkan wajahnya. Dia hanya dapat melihat bahagian belakang tubuh Tuan Hakim. Entah bagaimana wajahnya? Dia tidak tahu.
+ Apakah hak kamu untuk berbicara mengenai hak?
- Itu hak saya sebagai seorang manusia yang hidup di muka bumi ini.
+ Kamu ni macam betul saja. Kamu tahu tak apa itu maksud hak?
- Hmm... ya. Ia bermaksud kekuasaan dan pemilikan terhadap sesuatu.
+ Bagus. Jadi kamu masih mahu meneruskan perbicaraan?
- Sudah tentu.
+ Baiklah. Sekarang saya mahu tahu. Mengapa kamu mahu berbicara mengenai hak?
- Kerana itu hak saya sebagai seorang manusia di bumi ini dan saya mahu menuntut hak saya yang diambil oleh orang-orang se- perti Tuan Hakim yang hanya mementingkan diri sendiri.
+ Saya ambil hak kamu? Saya pentingkan diri sendiri? Kamu jangan nak cuba lemparkan fitnah. Nanti saya saman kamu.
- Itulah kerja Tuan Hakim. Saman-menyaman sahaja. Jika ada apa-apa yang tidak berpihak kepada Tuan Hakim, Tuan Hakim akan menyaman orang itu.
+ Itu hak saya. Suka hati sa- yalah. Ini negeri saya. Saya boleh buat apa-apa yang saya suka. Dan kamu jangan cuba bermain dengan api. Saya juga boleh saman kamu.
- Tapi itu bermaksud Tuan Hakim akan mengambil hak saya sebagai seorang manusia yang mempunyai suara. Tuan Hakim hanya tidak dapat menerima satu kenyataan.
+ Saya ketua. Saya yang menentukan apa yang perlu saya dengar.
- Tapi bagaimana pula dengan kebebasan suara? Kami ada hak untuk bersuara. Kami mahu menuntut hak kami.
+ Hak saya sebagai ketua ada- lah untuk membuat keputusan dan saya putuskan untuk tidak memberi kamu peluang bersuara kerana kamu akan mendedahkan perkara-perkara yang kurang baik didengar.
- Tetapi itulah juga perkara-perkara yang benar. Tuan Hakim cuba menyembunyikan kebenaran. Itu tidak adil.
+ Jika kamu mahu keadilan, pergilah ke negara lain di mana terdapat keadilan. Itu hak kamu untuk membuat keputusan sendiri. Di bumi mana ada keadilan?
- Jadi Tuan Hakim mahu meng- halau saya?
+ Itu hak saya. Saya yang mentadbir negeri ini. Ini negeri saya. Saya yang membuat keputusan. Kamu hanyalah rakyat biasa.
- Tapi ini bumi milik Allah. Semuanya milik Allah. Saya masih ada hak untuk berdiam di negara ini sebagai seorang manusia.
+ Kamu jangan banyak cakap. Saya yang menentukan nasib kamu.
- Tidak! Tuan Hakim tiada hak untuk menentukan nasib saya. Allah yang menentukan qada' dan qadar.
+ Ahhh! Kamu jangan cuba nak buat saya marah. Saya boleh buat apa yang saya suka. Itu hak saya. Tiada siapa yang akan menghalang saya.
- Tuan Hakim silap. Allah sentiasa melihat. Tuan Hakim tidak mempunyai hak untuk membuat apa yang Tuan Hakim suka kerana ini bumi Allah.
Tuan Hakim berjalan dari kiri ke kanan bilik itu. Tangan kanannya mengusap-ngusap kepalanya. Wajahnya hanya memandang din- ding di hadapannya. Dia hanya melihat Tuan Hakim daripada belakang. Tuan Hakim tidak mahu memperlihatkan wajahnya. Entah mengapa? Dia harus mendapat haknya sebagai seorang manusia kembali.
+ Cukup! Saya tidak mahu mendengar apa-apa daripada kamu lagi!
- Tapi saya belum mendapat hak saya kembali.
+ Hak apa lagi?
- Saya tiada kebebasan untuk bergerak. Setiap kali saya keluar dari rumah ada mata-mata yang memerhatikan saya. Tuan Hakim telah merampas hak saya dalam diam.
+ Apa maksud kamu?
- Ada kamera yang mengawasi saya setiap kali saya keluar dari rumah.
+ Itu adalah demi keselamatan.
- Tapi tuan tidak meminta izin untuk merakam pergerakan saya. Entah-entah di tandas awam juga ada kamera.
+ Haha. Itu demi keselamatan.
- Tapi itu hak saya. Hak saya sebagai manusia.
+ Tak habis-habis dengan hak kamu. Saya pemimpin, kamu harus akur dengan saya.
- Tidak. Saya berhak menentang jika pemimpin itu silap.
+ Kamu jangan nak uji saya. Saya boleh menentukan nasib kamu.
- Saya tidak takut dengan Tuan Hakim. Saya hanya takut dengan Allah.
+ Wah berani betul eh, kamu!
- Berani kerana benar.
+ Baiklah! Jika begitu! Saya putuskan untuk menjatuhkan hukuman mati buat kamu!
- Tapi itu bermakna Tuan Hakim merampas hak saya untuk hidup! Saya tidak membuat kesalahan apa-apa. Saya tidak bunuh orang. Saya tidak menculik orang. Apa kesalahan saya? Saya mempunyai hak untuk teruskan kehidupan. Tuhan sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman mati buat saya. Dialah yang menentukan segalanya.
+ Hahaha! Kamu mahu tahu apa kesalahan kamu?
- Baiklah. Apa kesalahan saya?
+ Kamu menuntut hak kamu. Saya tidak boleh membiarkan kamu bersuara. Maka kamu harus digantung hingga mati.
- Pengecut! Tuan Hakim tidak dapat menerima kebenaran! Tuan Hakim memang tidak berperikemanusiaan.
+ Memang saya bukan manusia. Hahaha!
Tuan Hakim memusingkan tubuhnya lalu memperlihatkan wajahnya. Alangkah terperanjatnya apabila kepalanya merupakan kepala anjing. Dia mengedipkan ma- tanya. Apabila dia membukanya, kepala Tuan Hakim bertukar menjadi kepala babi. Dia mengedipkan matanya lagi.
Kali ini kepala Tuan Hakim bertukar menjadi kepala harimau. Ia bertukar sekali lagi kepada kepala buaya. Kepalanya terus bertukar seperti seorang penonton televisyen menukar saluran televisyen tanpa henti.
+ Bawa dia ke bilik gantung! Hahaha!
=====================================
(hope I copied and pasted the story correctly from: Cerpen:Hak)
BIODATA PENULIS
MUHAMMAD KHAIROOL HAQUE 15 TAHUN
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Hobi: Membaca, menggunakan komputer dan bermain bola
Tiga sebab suka menulis:
1. Ia membolehkan saya meluahkan perasaan terhadap sesuatu perkara.
2. Ia membolehkan saya menyampaikan mesej atau buah fikiran kepada pembaca.
3. Ia membolehkan saya menolong orang secara tidak langsung.
Tiga perkara yang membuat saya bosan:
1. Bas yang lewat datang.
2. Perempuan yang terpekik-terlolong di dalam kelas sehingga mengganggu saya.
(=>SK: Lucu, adik ni Ada harapan boleh tulis satira. ) 3. Rancangan televisyen yang tidak menarik dan tidak memberi manfaat.
(=> SK: baguslah, 'dik, alhamdulillah )
KOMEN PENGELOLA
KEKUATAN CERPEN
1. Tema dan bentuk penulisannya amat berbeza daripada cerpen yang lumrahnya kami terima daripada penulis remaja.
2. Isu hak d**etengahkan dengan begitu menarik sekali.
3. Memaparkan komunikasi antara watak secara berkesan dan lucu. Ada unsur-unsur pertelagahan tentang melindungi hak ataupun situasi di mana hak dirampas.
4. Jalan bahasanya bersahaja dan baik.
KELEMAHAN CERPEN
1. Ia mungkin agak abstrak untuk difahami sesetengah remaja yang sudah biasa dengan cerpen-cerpen tentang samseng remaja dan kehamilan remaja mahupun kisah cinta.
===> Komen saya: SO??? Why is this a weakness??? It should be a strength!!! Cerpen ini meluaskan pemikiran dan memberi kesegaran idea bagi remaja yang sudah terbiasa dengan tema-tema biasa. Kita harus mendedahkan remaja-remaja sebegini dengan isu-isu yang menyentuh kehidupan seharian mereka, walaupun isunya abstrak. Kalau cerpen tak de kelemahan, tak perlu lah nak letak apa-apa...
Bagi saya, memandangkan cerpen ini dalam bentuk dialog, ia boleh d**embangkan sedikit lagi dengan gambaran yang berlaku sekitar dialog. Tapi, ianya bukan kelemahan. Ianya sesuatu yang boleh diperbaiki. Mungkin kita tidak perlu menggunakan istilah "kekuatan"/"kelemahan" untuk memberi ulasan kepada penulis muda. Kita gantikan "kelemahan" dengan "Kritik Konstruktif" supaya penulis muda tahu bagaimana untuk menghalusi karyanya. Kemudian, kita boleh beri mereka cadangan buku apa yang sesuai untuk mengembangkan isi atau memperbaiki pendekatan. Selain daripada mendedahkan mereka kepada tradisi kritikan, cara ini lebih membina dan konstruktif daripada komen-komen seperti "abstrak - (tak boleh nak buat pape dah, ada remaja tak paham)" >_<
Wallahu'alam.
Wassalam.