|
Post by S.K CintaZeni on Apr 5, 2008 18:28:32 GMT 8
Buku: Kritikan Sastera Melayu Moden" oleh Dr.Mana Sikana.
Menurut buku ini, dikatakan ada 6 ciri kritikan dalam kritikan sastera Melayu iaitu: 1. Sanjungan
2. Teguran
3. Saranan: dimaksudkan sebagai cadangan, anjuran atau menyatakan tuntutan yang perlu dipenuhi dalam pengkaryaan sastera.
4. Pendekatan/teori: landasan untuk menyatakan cara-cara bagi memahami karya
5. Penganalisian: huraian, bahasan, hujahan dan sandaran yang terdapat dalam kritikan sastera,pengkritik melakukan kajian secara mendalam dan menghujahkannya dengan alasan dan sandaran serta contoh-contoh tekstual dan kontekstual.
6. Penilaian: Proses yang melibatkan pembacaan, fahaman, penghayatan dan hujahan sama ada karya yang dibaca itu baik atau tidak bermutu atau kurang bermutu. Tegasnya, ialah usah pemberian nilai atau mutu terhadap sesebuah teks sastera.
(Mana Sikana, 2007)
Saya cadangkan para penulis yang ingin menjadi pengkritik membaca buku berharga ini kerana banyak lagi yang disingkap oleh Dr. Mana Sikana dalam buku ini.
|
|
|
Post by S.K CintaZeni on May 11, 2009 15:50:25 GMT 8
Panduan untuk pengkritik dari blog Tuan S.M Zakir di http://smzakirsayapmatahari.blogspot.com:
"Tetapi saya teringat kata seorang sarjana sastera bahawa seorang pengkritik yang bijak atau bagus akan berjaya mengangkat karya yang biasa menjadi karya yang luarbiasa, tetapi pengkritik yang tidak bijak dan tidak bagus selalunya menjadikan karya yang baik dan luarbiasa menjadi buruk." - S.M Zakir
Fikirasakanlah!
|
|