|
Post by S.K CintaZeni on Feb 18, 2008 20:55:53 GMT 8
AHLAN WASAHLAN! SELAMAT DATANG KE PAPAN UTUS FIKIRASA!Sebenarnya saya memulakan Papan Utus Fikirasa ini di pemikir.proboards sebagai menyahut cabaran alaf baru (ewah!) untuk menyediakan wadah bagi adik-adik penulis untuk memberikan ide-ide dalam hal apa saja. Tetapi, kemudiannya, saya tenggelam dalam pekerjaan. Lepas tu, jumpa forum 'ncik Isa, lagilah senang, sertai aje forum tu... tapi sekarang, forum 'ncik Isa dah tutup Makanya, papan utus ini dihidupkan sebagai lanjutan forum-forum tersebut (forum pemikir susah sikit nak diperbaiki sebab dah lama ditinggalkan...)... Mengapa FIKIRASA?[/b]Kerana pengarang adalah insan yang meluah fikir dan rasa melalui tinta 1. Adab bagi papan utus ini hanya satu:BERKATA BAIK ATAU LEBIH BAIK DIAM.(Maksudnya: Beradablah kamu sebelum diadabkan... Maki hamun dan segala perkataan tak elok juga tidak dibenarkan)2. Peraturan:1. Tenangkan fikiran bila nak menulis jadi semua ahli forum akan mempunyai pengalaman yang baik berforum... ;D 2. Kalau rasa nak marah, ambillah wudhu' (bagi ahli Muslim) atau cucilah muka, tangan dan kaki (bagi ahli non-Muslim), kemudian, tulis, tapi, jangan pos. Simpan dulu. Tunggu keesokan harinya, baca balik, tulis balik, baru pos. 3. Tulis dengan fikirasa - bukan hanya fikir tanpa merasa ( langsung tak peduli perasaan orang lain) atau merasa tanpa berfikir ( emosi tak berkesudahan)... Sesiapa yang didapati melanggar adab dan peraturan di atas akan dipersilakan keluar tanpa was-was Sesungguhnya, anda telah diberi peringatan Terima kasih Wassalam.
|
|