Post by S.K CintaZeni on Feb 23, 2008 9:52:18 GMT 8
BERITA HARIAN SINGAPURA
Ekstra! : 23 Februari 2008
cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,113484,00.html?
SEJARAH ISLAM DALAM DUNIA MODEN HARI INI
Oleh
Muhammad Salihin Sulaiman
1511H (KOMBAT) adalah sebuah novel futuristik yang penuh dengan isu-isu kesejagatan, yang sering kali kita anggap sebagai perkara remeh.
Latar cerita ini berdasarkan zaman hadapan, 2087 Masihi ataupun 1511 Hijrah, bahawa peperangan yang berlaku pada ketika itu penuh dengan kecanggihan dan berteknologi tinggi.
Novel futuristik ini padat dengan adegan peperangan yang mendebarkan untuk dihidangkan kepada pembaca dengan olahan yang begitu realistik dan berkesan.
Novel karya penulis muda yang tersohor dari Malaysia ini memenangi hadiah Sastera Kumpulan Utusan dalam kategori Novel Remaja pada 2003. Pembaca akan lebih tertarik dengan aliran ceritanya, yang kononnya pakatan sekutu negara-negara Barat yang diterajui Amerika ingin menakluki dua bumi suci Islam, Makkah Al-Mukarramah dan juga Madinah Al-Munawwarah.
Dalam novel 1511H ini, komander-komander hebat gabungan dari beberapa negara Islam dan Asia mengetuai misi menyelamatkan Islam daripada cengkaman musuh. Dalam karya ini juga bala tentera yang serba canggih dengan menggunakan cyborg, cypher, sarcos, laser, piring terbang di ketuai oleh seorang wanita hebat bernama Syaraifah Nusaybah.
Nusaybah ialah seorang peniaga dan hartawan, yang walaupun lumpuh berkerusi roda, tetap berupaya melakarkan strategi tersusun untuk menentang musuh. Sebuah gabungan pejuang yang ingin mempertahankan kewibawaan Islam kesemuanya adalah daripada arahan Nusaybah.
Faisal Tehrani atau Mohd Faizal Musa, berkelulusan dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya, mendekati novel ini untuk mengingatkan kita pada peperangan yang berlaku dalam sejarah Islam. Ketauhidan dan etika Islam dalam peperangan d**embalikan dalam sebuah novel yang penuh aksi. Yang pastinya, Faisal ingin kembalikan zaman kegemilangan Islam lalu kepada zaman ini.
Seandainya novel 1511H (KOMBAT) dapat diadaptasikan sebagai sebuah filem, pastinya visual dan sinematografinya mewujudkan sesuatu yang sensasi kerana adegannya juga menakjubkan.