|
Post by S.K CintaZeni on Feb 23, 2008 9:50:40 GMT 8
KONSERT
YUK SAKSI LAGI IMRAN BERAKSI
JIKA anda terlepas peluang menyaksikan konsert 'Hitam Putih' Imran Ajmain di Studio Esplanade sempena Pesta Raya November lalu, usah terlepas peluang menghadiri persembahan terbarunya di sini 27 Februari ini.
Imran akan beraksi di The Chamber, The Arts House di bangunan lama Parlimen, dari 8 hingga 9.30 malam.
Dalam persembahan yang dinamakan DXS kali ini, Imran, dalam tempoh 90 minit, akan mempersembahkan lagu-lagu album pertamanya dengan cara lebih santai dan menghiburkan.
Persembahannya akan diiringi pemuzik yang dipilih khas daripada kumpulan tertentu.
Imran memilih hari biasa (Rabu) sebagai hari persembahan kerana percaya hiburan harus ada setiap hari bukan setakat hujung minggu.
Tiket berharga $22 boleh ditempah menerusi imranajmain.com/tickets atau tiket $25 boleh dibeli di luar pintu masuk The Chamber.
Untuk maklumat lanjut, sila ke lelaman www.imranajmain.com. cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,113487,00.html? Salam, S.K minat si Imran ni ;D Sejak dengar dia nyanyi secara langsung di pembukaan Bulan Bahasa 2006... Boleh disokonglah... (herman.mutiara, saya tetap sokong anda juga )
|
|
|
Post by hermanmutiara on Feb 23, 2008 12:50:03 GMT 8
Sokonglah sesiapa awak suka... asalkan bahagia
|
|
|
Post by S.K CintaZeni on Feb 23, 2008 23:09:41 GMT 8
Sokonglah sesiapa awak suka... asalkan bahagia Salam, lol. Saya bahagia kalo mereka yang saya sokong terus pertahankan kualiti! ;D
|
|
|
Post by S.K CintaZeni on Feb 24, 2008 20:46:59 GMT 8
Salam,
saya sangat tak faham kenapa Imran tidak disebut dalam promosi acara Kpak! Bing! Bing! hari ini.
Saya tak pergi, pamphlet untuk acara ini ada di mana-mana...
Walaubagaimanapun, rancangan Kpak! Bing! Bing! adalah sebuah rancangan yang baik untuk ditonton untuk pasangan yang sudah berumahtangga.
Minggu lepas dan minggu ini, Ustaz Pasuni memberikan pandangannya tentang rumahtangga.
Kelmarin, Kak Faiza Sanip memberikan pendapatnya mengenai bagaimana rumahtangga harus dibina atas matlamat dunia dan akhirat... Bagus, mereka panggil orang-orang yang berlandaskan fikrah Islami untuk memberikan pandangan.
Wassalam.
|
|