Post by S.K CintaZeni on Aug 28, 2009 17:18:02 GMT 8
Daripada:
cyberita.asia1.com.sg/mdian/story/0,6879,147336,00.html?
DIAN
25 Ogos 2009
Penulisan - medan untuk Muslimah teruskan ibadatnya
Oleh
Rasiah Halil
BAHAGIAN KEEMPAT & TERAKHIR
PERSOALAN KEMANUSIAAN
DAN KETUHANAN/KEISLAMAN
PERSOALAN kemanusiaan sering disentuh apabila penulis menghujahkan masalah-masalah tempatan. Isu keluarga pincang, penderaan, keganasan rumah tangga, jati diri dan sebagainya walaupun bercorak domestik, sebenarnya bersifat universal.
Cerpen Terbang Helang Terbang oleh Wan Jumaiah Mohd. Jubri dan Ini Cengkerang Kita oleh Noor Hasnah Adam bukan hanya menyorot masalah tempatan, tetapi boleh sahaja terjadi di beberapa daerah yang dilanda perang.
Dalam puisi, masalah dari beberapa pelosok dunia seperti di Bosnia, Kosovo, Palestin dan lain-lain, turut disorot sebilangan penulis kumpulan ini, misalnya dalam sajak-sajak Norulashikin Jamain dan Nurul-Ain Hj Kudsi.
Persoalan ketuhanan pula secara berterus-terang mahupun secara tersirat banyak disingkap oleh penulis kumpulan ini. Masalah remaja dan peleraiannya, misalnya, disingkap melalui jalur keislaman yang lucu oleh Sharifah Khadijah Aljoofri dalam cerpennya Doktor Remaja, halaman 43-44:
'Dok,' katanya, 'operate-lah saya. Biar hati saya berada di tempat yang betul. Pilpun dah tak jalan agaknya.'
'Okay.' Saya setuju. 'Mari!'
Saya membedah pemuda belasan tahun itu. Ha! Hatinya memang dah songsang pun. Dah terpeleot. Terkeluar dari landasan. Saya menyentuh hati dengan segala keprihatinan, saya menggerakkannya ke posisi asalnya.
'Okey? Apa macam?'
Wajahnya jernih, senyumannya berseri. 'Semua baik, Dok.'
Sebenarnya, penawar saya mudah saja. Amalkan, insya-Allah, gerenti baik. (Itupun ikut individu. Ada yang degil): Sembahyang lima waktu, puasa Ramadan, zakat. Yang paling penting, ingat kepada Allah. Makan pil saya supaya suci hati dengan arahan Z dan D. Mesti baik.
Z dan D mungkin bermaksud 'Zikir' dan 'Doa'.
Terdapat juga sebilangan karya yang seolah-olah 'mengadu' kepada Allah, mengharapkan rahmat-Nya dalam menghadapi segala cabaran kehidupan. Bagi Hadijah Rahmat yang dari 'bangsa kerdil' dan 'negara kecil', bukan bermakna kita menjadi terpencil atau lupa mencari keredaan Allah:
Bagaimana dan bila
manusia seperti aku dari bangsa kerdil
di tengah negara kecil
akan lebih bererti dan disedari di peta dunia
dapat mengukir sebuah bekas
di jalanan sejarah
menggantung sebutir kejora
di dada cakerawala
sambil mengecap keredaan Allah.
(Di Tengah Alam, halaman 11)
Nurul-Ain Hj Kudsi pula pasrah kepada Allah melihat pelbagai anasir negatif yang mewarnai layar kehidupan semasa, kerana Allah lah lebih mengetahui segala-galanya:
Terbetik pertanyaan berbunga kesalan
mengapa keris pusaka peninggalan sejarah
yang harusnya diperguna untuk membela
menjadi mainan dalam tarian
yang mempesona.
Semakin kupasrah
apabila keadilan terkadang
tersalah neracanya
yang jujur - ditemani malapetaka
yang khianat - bahagia mewarnai pesta.
Innallaha-wasi'un 'alim
sesungguhnya Allah lebih mengetahui
muslihat kejadian di maya ini.
(Pasca Doa, halaman 86-87)
Dalam sajak-sajak Norulashikin Jamain, yang paling banyak ditemui 'pengaduan' beliau kepada Allah, baik semasa hilangnya cinta pertama, kelahiran anak, mengingati ayah yang telah berpulang, kasihnya seorang ibu, malah ilham yang dianugerahkan Allah kepada penulis. Dalam kekalutan dan keterbatasan, Norulashikin Jamain masih dapat melihat segala-segala kembali ditariki paksi yang sama, iaitu Allah:
jika dekat ini menjauhkan
sedang jauh itu mendekatkan
pada yang satu
indahlah kejauhan itu
dari segala yang banyak
tempat ini sempit
bumi dan laut menggigit
terbangkanlah aku ke awan
ke langit ke udara
ruang kosong yang bebas
tapi padat
dalam penyatuan
(Bicara Dalam Sepi, halaman 9)
Dan sebuah lagi sajak Norulashikin Jamain merumuskan bahawa kebenaran, keindahan dan ilham itu sebenarnya hanya tersingkap dengan pertolongan Allah jua :
Kata-kata
hanya sebuah penyampaian
yang tidak seluruhnya benar
atau seluruhnya salah
mungkin yang lumrah didengar
itulah yang salah
jadi kebenaran tidak mesti dari kata-kata
keindahan tidak mesti dapat dilihat
tapi dirasa
oleh hati yang tersentuh
ilham dari-Nya
adalah puncak inspirasi
yang sekelumit pun
tidak akan mudah dijamah
tanpa pertolongan-Nya
(Sebenarnya, halaman 33)
KESIMPULAN
Paparan ringkas mengenai penulis Muslimah Singapura menunjukkan bahawa walaupun Islam tidak diterjemahkan dalam karya sebagaimana karya-karya sastera berteraskan kerohanian oleh Rabiatul Adawiyah dan penulis-penulis seumpama itu, ini tidak bermakna karya mereka kontang daripada nilai-nilai keislaman.
Keprihatinan dan kepekaan para penulis ini menggarap pelbagai isu yang mendepani masyarakat Islam, di dalam dan luar negara, mahupun masyarakat bukan Islam, tanpa terkeluar dari neraca pertimbangan keislaman itu sebenarnya adalah natijah daripada pemahaman mereka terhadap Islam sebagai addin dan pengamalan konsep amar makruf nahi mungkar.
Tiada seorang pun penulis Muslimah Singapura menulis karya yang menghina Islam sebagaimana didapati daripada sebilangan karya penulis Mesir, Nawal El- Saadawi atau penulis Bangladesh, Taslima Nasreen/Nasrin.
Isu feminisme tidak seluruhnya diguna-pakai dalam karya-karya yang dikaji. Walaupun penulis Muslimah Singapura menuntut juga haknya sebagai anak, isteri, ibu dan Muslimah dalam masyarakat, ini masih tertakluk di bawah payung Islam.
Hak-hak yang diminta adalah seperti yang ditetapkan Islam, bukan sebaliknya. Yang dikritik ialah pelaksanaan beberapa hukum hakam Islam, bukan kemurnian sistem Islam dalam mengatur kehidupan berkeluarga.
Kerana umat Islam digalakkan mendekati manusia dengan berhikmah, penulis Muslimah juga harus lebih mempertajamkan pertukangan dan meningkatkan ilmu mereka agar karya-karya yang dihidangkan merupakan buah fikiran, nurani dan perasaan yang lebih enak untuk santapan masyarakat.
Masyarakat Islam tidak hidup terpencil daripada masyarakat bukan Islam; adalah penting kita memahami bahawa dalam usaha memartabatkan sastera Islam dengan menyebar-luaskan nilai-nilai Islam yang universal sifatnya, kita tidak mengamalkan semacam zero sum- game terhadap masyarakat bukan Islam yang hidup berharmoni di sekeliling kita.
Akhir sekali, penting dihayati dan diamali bahawa paksi kehidupan seseorang Muslimah dan Muslim itu adalah Allah swt, dan Rasulullah saw adalah teladan terbaik untuk apapun zaman.
Memahami hal ini, seseorang penulis Islam itu tidak akan melahirkan sesuatu yang merendahkan kemuliaan agamanya, memesongkan akidah, menghina Nabi atau mengagung-agungkan sesuatu yang dianggap mungkar oleh Islam. Penulisan hanyalah satu medan untuk dia meneruskan ibadatnya, selain ibadat-ibadat yang khusus.
Hanya peribadi-peribadi yang benar-benar mendalami dan menghayati nilai-nilai Islam dapat melahirkan sesuatu yang baik untuk dunia sastera Islam, sebagaimana dijelaskan oleh Muhammad Uthman El-Muhammady dalam Memahami Islam: Insan, Ilmu dan Kebudayaan, halaman 233 bahawa bau air wangi attar tidak akan keluar dari cembulnya yang diisi dengan pekasam.
Secara unggulnya, yang dicari penulis Muslimah dan Muslim dalam penceburannya bukanlah nama, pangkat atau harta.
Yang terbaik harus dia usahakan dan penilaian sebenar penulisannya, biarlah Allah dijadikan sebaik- baik penilai. Sebagaimana dalam Dewan Sastera, Disember, 2008, halaman 33, tulisan Siti Hawa Haji Salleh, menukil pantun-pantun berikut merumuskan:
Buatlah baik ayohai rakan
Ke dalam laut kamu campakkan
Jika tiada d**enal ikan
Tuhanmu tahu iakah bukan.
NOTA: Rencana ini dipetik daripada kertas kerja yang
dibentangkan penulis dalam Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara, 31 Mac -2 April 2009 di Kuala Lumpur