Post by S.K CintaZeni on Aug 21, 2009 15:42:06 GMT 8
Diambil dari -
cyberita.asia1.com.sg/mdian/story/0,6879,147338,00.html?
BERITA MINGGU
17 Ogos 2009
Transformers
oleh: Djohan Abdul Rahman
HAL itu tak dapat dibendung lagi. Hashim perlu selesaikan masalah itu secepat mungkin. Dia tak nak penyakit itu menular. Sampai ke tangan. Sampai ke lengan. Sampai ke tumit. Sampai menjadi pendinding hati. Dia harus lakukan sesuatu.
Hashim tak sabar menunggu. Masa berdetik lalu. Sekejap-sekejap direnung jam dinding. Masa bergerak terlalu perlahan. Suasana pejabat pula bergerak lembap. Semuanya seperti bersekongkol, ingin menguji kesabaran Hashim. Tapi Hashim tahu, semua ni dugaan semata.
'Sabar. Cukup masa, baliklah juga nanti,' pujuk hati kecilnya.
Memang begitulah selalunya pertuturan dan pemikiran Hashim. Semuanya yang baik-baik. Tak ada buruk sangka langsung. Tohmah maki jauh sekali. Maklum saja, Hashim datang daripada keluarga orang baik-baik. Bapanya seorang ustaz. Dia boleh ajar ngaji. Pandai uruskan kenduri. Kursus rumah tangga pun dia boleh kendalikan. Siapa yang tak kenal Haji Ngah. Cakap saja Haji Ngah, bertempiaran budak- budak kecil yang belum berkhatan. Boleh terdiam kaum bapa yang berada di kedai kopi.
Emak Hashim pula seorang guru. Guru pencen. Sekarang ini suri rumah sepenuh masa. Dulu, dah dekat berpuluh tahun mengajar dan mendidik anak bangsanya. Siapa yang tak kenal Cikgu Hindon. Kaki bahas. Nak-nak kalau berbual tentang emansipasi wanita. Nahaslah siapa yang memperlekehkan kemampuan wanita. Boleh kena panggang macam pisang salai hangus.
Dan, walaupun Hashim anak tunggal, dia tak pernah dimanjakan. Tak pernah Hashim dapat duit lebih-lebih. Kalau dah masuk waktu maghrib dia masih belum sampai di rumah, masih sibuk tendang bola, balik nanti berbirat juga paha dek penangan rotan. Mungkin disebabkan gaya pendidikan sebegitulah, Hashim kini tahu bagaimana hendak menjaga dirinya. Tahu mana buruk, mana baik. Mana halal, mana haram.
Tapi, pada hari itu, masalahnya sudah sampai ke tahap kritikal. Semakin meruncing. Hampir-hampir saja dia tidak ke pejabat pada sebelah paginya. Dia pun pelik. Hampir semua masalah sebelum ini dapat diatasi. Kenapa tidak ini. Kenapakah kelemahannya menyerlah dengan begitu ketara.
Hashim tak peduli. Dia sudahpun membuat keputusan untuk cuba menyelesaikan masalah itu apabila dia pulang nanti. Dia mesti, sebelum penyakit itu merebak. Sebelum dia menjadi lebih parah. Dia perlu berbincang agar masalah itu dapat diatasi secepat mungkin. Apa nak jadi, jadi!
'Shim, kau nak balik terus ke?' tanya Mamat dengan selamba.
Jam sudah menunjukkan pukul lima petang.
'Kau nak tumpang ke?'
'Kau balik terus ke?' tanya Mamat lagi.
'Aku ada hal sikit nak kena buat,' Hashim pantas menjawab.
Dengan cepat Hashim meninggalkan ruang pejabatnya. Tak sempat Mamat nak ajak berunding. Hashim perlu pulang ke rumah. Dia perlu pulang dengan segera. Hashim nak menjelaskan duduk perkara dan mencari jalan untuk menghapuskan seribu satu jenis gundah-gulana yang menerawang di fikirannya...
BODOH
Mata aku melilau ke sana sini. Kenapalah hari-hari, pada waktu ini, semua yang ada ni bodoh- bodoh belaka. Hairan aku dibuatnya. Tekak semakin kering. Suara semakin serak.
Tiba-tiba, tanpa sebarang amaran, orang depan bergerak ke kiri dan kini berada di depan aku. Aku memijak brek dan sekali gus menekan hon.
Pooooonnnnnn!!!
'Bodoh! Kau ingat kau siapa!' aku menjerit.
Sakit betul hati aku. Ada cermin tu buat apa entah. Buat sikat rambut agaknya. Aku menurunkan cermin tingkap.
'Oi! Lampu signal tu lain kali simpan, buat lampu kelap-kelip Hari Raya rumah datuk kau!'
Sampai tegang-tegang urat leher aku. Tak mengapa. Puas sikit hati aku. Apalah yang dia bertonyeh tu. Rupanya dia sibuk berbual. Tahu tadi, aku langgar sikit. Lampu ni pun satu. Sekejap aja dah merah. Patut waktu orang balik pejabat ni, janganlah sekejap-sekejap aja tukar. Nama aja dah moden. Tapi macam dalam zaman kuno.
Pooooonnnnnn!!!
'Oi, lampu dah hijau tu! Jalanlah! Nak tunggu apa? Kad jemputan? Besok aku pos, lusa baru sampai!'
Alamak, motor ni pun satu. Selit sini, selit sana. Baik aku engsot kiri sikit. Biar padan muka dia.
Sendat pun. Padan muka.
Alamak, sebelah kiri pula dia pergi. Macam mana nak hadang ni? Tak apa, hari ni hari kau. Tapi aku ingat.
Pooooonnnnnn!!!
'Jalanlah!!'
TERSIMPUL MATI
Hashim sudah berada di kolong bloknya. Baru pukul enam suku. Ada masa lagi. Dia tak payah nak kelam-kabut. Cukup masa untuk meleraikan apa saja yang kusut. Hashim harap-harap tak tersimpul mati. Selagi ada ruang, selagi itu ada peluang. Perubahan boleh berlaku, biarpun janggal pada awalnya.
Tiba di rumah, Hashim dengan cepat masuk, lalu bergegas ke dalam biliknya. Hatinya mula berdebar-debar. Peluh jantan mengalir lesu di sepanjang belikat. Dia tak berani memandang kawasan biliknya buat seketika. Perlahan-lahan dia bergerak ke hadapan.
Apabila Hashim mendongak, didapati si dia sudah ada tercegat di depannya. Mata bertentang mata. Hashim mengetip giginya. Dia menyeru segala semangat yang berdenyut di segenap urat nadinya. Dan kini Hashim sudah bersedia.
'Kenapa kau macam ni?' Hashim menyoal lembut.
'Maksud kau?'
'Kau tahu 'kan, apa maksud aku?'
'Tak.'
'Kenapa kau marah-marah sangat?'
'Mana ada aku marah-marah? Kau tengok sekarang ni. Ada aku marah-marah?'
'Bukan sekarang. Tadi. Dan bukan tadi aja. Hari-hari.'
'Bila?'
Hashim menarik nafas panjang sambil beristighfar di sudut hatinya.
'Kenapa bila kau masuk kereta aja kau mesti nak marah-marah, maki hamun? Padahal kau bukannya orang pemarah. Aku kenal kau.'
Dia terdiam. Inilah kali pertama dia terdiam. Hashim merenung setiap inci raut mukanya. Hashim menyoal lagi.
'Apa yang buat kau marah?'
'Aku... Aku nak cepat balik.'
'Semua orang pun nak cepat balik. Mana ada orang yang hobinya tersendat pat traffic jam.'
'Tak kelakar.'
'Aku pun bukan nak buat kelakar. Aku nak tahu kenapa kau marah-marah. Tu aja.'
'Aku geram. Macam buang masa aja duduk dalam kereta. Tak gerak-gerak. Dahlah tu. Ada jer yang nak menyelit. Yang nak menyibuk. Pantang lepa. Habis tu, aku ni apa? Orang gaji dia?'
'Tapi kau pun pernah 'kan menyelit kalau kereta sebelah lambat sikit..'
'Habis semua orang buat, aku buat jugalah!'
'Ok, tapi kau tak payahlah nak marah-marah sampai maki-hamun 'kan? Kau penat-penat buat amalan dari pagi sampai ke malam, tapi bila kau masuk kereta aja, kau kumpul dosa.'
'Kau ingat aku suka ke macam ni? Marah tak tentu pasal? Kalau tak nak aku marah, janganlah buat salah!'
'Kalau kau nak aku nasihatkan orang lain, yang tu ada susah sikit. Sebab mereka tu aku tak kenal. Tapi sekarang ni, kau depan aku. Jadi aku boleh nasihat kau aja dulu.'
'Kau nak aku buat apa?'
'Senang aja. Aku nak kau sabar. Boleh?'
Dia terdiam lagi. Hashim mula lega. Dia menanti jawapan itu dengan penuh harapan. Tapi jawapan yang diidamkan masih belum kunjung tiba. Hashim merenung lama roman lawannya.
BELUM TERKABUL
'Hashim! Eh, sudahlah tu!'
Hashim terkejut beruk. Dia menoleh. Lawannya juga. Rupa-rupanya, emak Hashim sudah lama tercegat di daun pintu.
'Dah bertebiat agaknya budak ni. Yang kau tengok cermin tu lama-lama buat apa?'
Hashim serba salah. Dilihatnya cermin itu lagi. Permintaannya masih belum lagi terkabul.
'Dah, pergi mandi. Dah nak masuk maghrib ni.'
Hashim mencapai tuala. Dia merenung sekejap cermin itu. Dia tersenyum. Jalan keluar seperti sudah kelihatan...
NOTA: Djohan Bin Abdul Rahman mula giat menulis genre seni kata dikir barat pada tahun 1991. Apabila beliau memasuki Institut Pendidikan Nasional (NIE) pada tahun 1998, beliau digalakkan untuk menulis esei, cerpen dan sajak oleh pensyarahnya. Semenjak itu, beberapa hasil karyanya pernah diterbitkan Berita Harian, Berita Minggu dan The New Paper. Beliau pernah dipilih untuk mewakili Singapura dalam bengkel cerpen anjuran MASTERA. Cerpen 'Salah Siapa' pernah memenangi hadiah kesusasteraan, dan cerpen 'Sakit' pula pernah memenangi tempat kelima dalam Sayembara Cerpen anjuran Berita Harian sempena ulang tahun ke-50 akhbar itu. Pelajar terbaik Pengajian Melayu kohort 2007 ini kini masih giat menulis.