Post by S.K CintaZeni on Mar 6, 2009 9:50:31 GMT 8
BERITA HARIAN
<Ekstra! : 21 Februari 2009>
PESTA SASTERA KUMPUL PEMINAT SENI
Acara dua hari bertujuan jadikan Taman Warisan Melayu sebagai pusat perkembangan sastera
Acara: Seminar Sastera Islam dan Puisi, klinik puisi tradisional bersama Djamal Tukimin & Baca Puisi Nusantara III
Anjuran: Degup Sastera dengan kerjasama Taman Warisan Melayu dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura
Tarikh: 7 - 8 Mac
LAUNGAN-LAUNGAN puisi berunsur kerohanian dan tradisional akan berkemundang dalam pelbagai bentuk kesenian di Taman Warisan Melayu (TWM) selama dua hari berturut-turut apabila pesta sastera diadakan di sana pada 7 dan 8 Mac ini.
Dalam acara tersebut juga, nama-nama besar dalam dunia kesusasteraan serantau seperti Khalid Salleh dari Malaysia, Samson Rambah Pasir dari Indonesia, Isa Kamari dari Singapura dan Jefri Ariff dari Brunei, akan berkumpul untuk menyemarakkan suasana dan berkongsi ilmu dengan para peminat sastera yang turun berkumpul.
Pesta dua hari itu dibahagikan kepada beberapa bahagian:
Sabtu: Klinik Puisi Tradisional yang d**elolakan penyair dan pengkaji sastera, Djamal Tukimin, berlangsung dari 8.30 pagi hingga 5 petang dan dibuka kepada pelajar.
Ahad: Seminar Sastera Islam dan forum persembahan puisi berlangsung dari 10 pagi hingga 5 petang dibuka kepada orang ramai.
Menurut Eksekutif Perancangan dan Perhubungan Media TWM, Cik Hira Othman, fokus utama acara dua hari itu ialah untuk menjadikan pusat tersebut sebagai wadah bagi pelajar-pelajar posmenengah mempelajari puisi sebagai sebuah sastera seni.
Ia juga diharap dapat menjadikan TWM sebagai pusat perkembangan Sastera Lisan di Singapura, yang menghidupkan puisi melalui pementasan dan tarian, sepertimana puisi dipersembahkan dari dulu lagi.
Pantun, gurindam, puisi, syair dan sajak akan dibaca, dibincangkan dan dipersembahkan melalui pementasan oleh tokoh- tokoh sasterawan Melayu terkenal seperti Djamal Tukimin, Dr Taufiq Ismail, Khalid Salleh dan ramai lagi.
Sesuai dengan matlamat acara, para pelajar peringkat posmenengah dan guru-guru Bahasa Melayu digalakkan untuk mengikuti acara dua hari ini.
Djamal Tukimin yang juga pelopor kumpulan Degup Sastera, berkata tujuan klinik puisi itu ialah menyedarkan pelajar bahawa puisi yang merangkumi sajak, gurindam, pantun dan seloka bukan berbentuk pasif dan ia boleh d**embangkan untuk menjadi pementasan teater termasuk tarian, muzik dan pertunjukan berbilang media.
'Puisi yang dipersembahkan dalam pelbagai disiplin seni akan meningkatkan penghayatan di samping mengekalkan sifat tradisionalnya,' kata Djamal yang kini bertugas sebagai Penulis Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bagaimanapun, kata Djamal lagi, bacaan puisi harus dikaji dan disusun sebelum ditetapkan sesuai untuk dipersembahkan kerana melibatkan sudut ilmiah yang tidak boleh bercanggah dan kesesuaian teknik pementasan.
Para peserta akan diberi cendera mata seperti sehelai kemeja-T, buku nota dan set alat menulis.
Dalam acara seminar sastera Islam, Djamal akan mengupas soal kesenian Islam dari sudut khat dan sastera yang terkait dengan unsur sufisme dan mistik.
Beliau akan mengupas isu seperti Kitab-kitab Puisi Berzanji, Diba'i dan al-Burdah: Pengaruhnya Yang Berkesan Dalam Kebangkitan Kehidupan Kerohanian Budaya-Agama Masyarakat Islam.
Anda juga berpeluang mengikuti forum Peranan Puisi Dalam Masyarakat: Memperjuang dan Melestarikan Tingkat Apresiasi oleh para anggota panelis yang terdiri daripada aktor dan penyair, Khalid Salleh, Samson Rambah Pasir, Isa Kamari dan Jefri Ariff.
Acara-acara seminar dan klinik puisi mengenakan bayaran $20 bagi setiap peserta.
Acara Baca Puisi Nusantara III yang menjadi acara penutup pula dibuka secara percuma kepada orang ramai.
Dijayakan oleh para personaliti popular, ia berlangsung di sekitaran yang santai di pentas pancuran air TWM dari 7.45 hingga 10 malam.
Saksikan nyanyian puisi daripada kumpulan Sirr Fil Sirr dan bacaan puisi dan gurindam oleh tokoh-tokoh sasterawan terkenal dan personaliti undangan seperti Rafaat Hamzah, Asmin dan Eunosasah.
Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila hubungi Pengurus Pemasaran TWM, Cik Siti Rhaihana, menerusi telefon 6391-0462 atau faks 6299-4316 atau e-mel rhaihana@malayheritage.org.sg.