Post by S.K CintaZeni on Dec 4, 2008 18:25:27 GMT 8
Anugerah Sastera Singapura/
Singapore Literature Prize
Cikgu, tahniah ;D
BH:
LATIFF LEBIH SUKA ANUGERAH SASTERA DIRAIH PENULIS MUDA
Oleh
Nazri Hadi Saparin
cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,131672,00.html?
MESKIPUN gembira dan bersyukur dengan Anugerah Sastera Singapura yang diterimanya, bagi sasterawan mapan, Encik Mohamed Latiff Mohamed, beliau lebih suka jika ia dimenangi seorang penulis generasi baru.
Ini kerana baginya, pengiktirafan sedemikian ke atas penulis muda akan mencerminkan kerancakan dunia kesusasteraan Melayu setempat.
Namun, Encik Mohamed Latiff, 58 tahun, yakin bahawa kumpulan generasi pelapis berpotensi menghasilkan karya-karya bermutu dan hanya menunggu masa sebelum mereka mendapat pengiktirafan.
'Apa yang mungkin kurang dalam diri mereka sebagai seorang sasterawan ialah pengalaman hidup. Saya sudah lama mendedikasikan diri kepada sastera dan jika penulis muda kita juga gigih dan tekun, insya-Allah cita-cita mereka akan tercapai,' ujar beliau, yang merupakan mantan guru.
Ini merupakan kali ketiga berturut-turut beliau menerima anugerah berprestij itu, menyusuli kejayaan beliau pada tahun 2004 dan 2006.
Anugerah Sastera Singapura disampaikan dua tahun sekali.
Dua anugerah yang diterima Encik Mohamed Latiff sebelum ini ialah sebuah karya puisinya, Bagiku Sepilah Sudah (2004) dan sebuah cerpen, Nostalgia Yang Hilang (2006).
Kali ini antologi puisi yang dikarang beliau antara 2002 dengan 2006, Bila Rama-Rama Patah Sayapnya, pula menerima pengiktirafan.
Karya itu adalah antara enam karya yang disenaraikan bagi anugerah tersebut.
Karya-karya lain ialah Anugerah Bulan Buat Bonda oleh Encik Muhammad Salihin Sulaiman, Langau Menyerang Masjid dan Cerita-Cerita Lainnya oleh Encik Suratman Markasan, Cetusan Kalbu Seorang Penyair oleh Encik Peter Augustine Goh, Perahu Melayu di Lautan Khulzum oleh Encik Johar Buang dan Sekeras Waja Selembut Sutera oleh Encik Manaf Hamzah.
Encik Mohamed Latiff berkata anugerah itu semakin membakar semangat beliau untuk meneruskan perjuangannya yang bermula hampir 40 tahun lalu.
'Diberi anugerah atau tidak, saya akan terus berkarya kerana cinta saya kepada sastera dan masyarakat. Tetapi pastinya pengiktirafan ini menjadi semacam perangsang,' ujarnya.
Selain anugerah bagi karya Melayu, tiga lagi anugerah dalam kategori Inggeris, Cina dan Tamil turut disampaikan tetamu terhormat, Dr Vivian Balakrishnan, dalam satu majlis di The Arts House semalam.
Para pemenang daripada setiap kategori turut menerima wang tunai $10,000.