Post by S.K CintaZeni on Feb 18, 2008 21:24:29 GMT 8
ISTANA SYAITAN
Oleh
Muhammad Khairool Haque
(Tersiar di BH: 31 Disember 2007)
SANG Pelupa bertanya kepada Raja: 'Patik empunya sembah memohonkan ampun beribu-ribu ampun ke bawah tapak cerpu Duli Yang Maha Mulia, harap diampun. Bagaimana kita mahu selesaikan masalah ini Tuanku?:
Dahinya berkerut menandakan dia sedang tenggelam dalam kolam fikirannya.
'Beta mengusulkan agar kita mengadakan pilihan raya. Kita kumpulkan hulubalang-hulubalang istana untuk menjadi anggota dalam parti baru yang akan mengambil bahagian dalam pilihan raya itu,' titah Raja Ib Lees yang sedang bersemayam di peterananya. Sesekali, baginda memperbetulkan mahkotanya. Sang Pelupa hanya mengangguk-angguk, masih lagi berfikir.
Di sebelahnya, Sang Lalai mula berbisik perlahan di cuping telinga Sang Pelupa.
'Hei! Buat apa dengar cakap si Raja itu? Bukankah darjat kita lebih tinggi daripadanya? Tidakkah kau ingat kisah Tuhan menyuruh para malaikat sujud kepada Sang Adam as?'
Sang Pelupa seakan-akan tidak mempedulikan kata-kata Sang Lalai, sahabat karibnya. Raja Ib Lees merenung mata Sang Lalai, kurang senang. Sang Lalai hanya menunduk sayu.
Iman Setipis Kertas
'Kau diamlah! Kita akan menjadi kaya jika kita mengikut kata-kata raja ini. Hidup kita akan menjadi senang. Kau jangan banyak cakaplah! Aku lebih tahu! Semua ini demi keselesaan kita bersama,' Sang Pelupa berbisik kembali kepada Sang Lalai. Dia hanya mengangguk setuju dengan hati yang berat. Berat dengan keimanan yang ada, walaupun hanya setipis kertas.
'Hmm... patik yang hina-dina setuju benar dengan cadangan Tuanku. Akan patik laksanakan perintah Tuanku itu. Bukankah patut manusia menikmati anggur dunia yang lazat? Tapi, ampun Tuanku, apakah nama parti yang akan ditubuhkan itu?' Sang lalai hanya mendiamkan diri mendengar Sang Pelupa berbicara. Dia tidak berani bersuara.
Maka sahut baginda: 'Biarlah beta menamakan parti itu Parti Ib Lees. Sempena nama beta juga kerana betalah raja kepada manusia. Manusia akan mendengar perintah beta.' Raja Ib Lees tersenyum bangga. Di kiri dan kanannya, dua orang dayang sedang mengipas-ngipasnya walau terdapat alat hawa dingin.
'Mudah-mudahankali ini. Beta tidak pernah kalah dan tidak mahu sesekali kalah. Jika kalah, beta hanya dapat merintih keseorangan nanti. Beta tidak boleh kalah dalam pilihan raya ini. Bahkan, beta mahu menang dengan cara apa sekalipun,' tambah Raja Ib Lees. Terpancar kerisauan di wajahnya.
'Ampun Tuanku, mana titah patik junjung. Jika menang, apakah rencana Tuanku?' sembah Sang Pelupa.
Sang Lalai turut memberikan sembah tanda setuju. Kata-kata Sang Pelupa tadi masih bermain-main di benaknya. Bukankah itu mementingkan diri sendiri? Dia tertanya-tanya.
'Banyak sekali perkara yang ingin Beta lakukan. Yang penting sekali, Beta mahu manusia terus mabuk dengan arak dunia. Ha...ha... ha! Biarlah Beta mempunyai ramai sahabat nanti pada hari muka.
'Beta menitahkan supaya manusia sebangsa berperang sesama sendiri seperti si Habil dan Qabil.
'Beta juga ingin semua pengikut kitab suci menyimpan kitab mereka di dalam almari sahaja dan bukan di dalam jiwa.
'Beta juga mahu ahli-ahli ilmu menyebarkan nilai-nilai keduniaan supaya manusia terdidik untuk menikmati jus anggur dunia lalu terus mabuk menemani Beta nanti.
'Banyak lagi rencana Beta! Biarlah Beta fikirkan dahulu setelah kita mendapat kemenangan nanti.'
'Hamba yang bebal tidak berbudi menjunjung barang titah Tuanku. Akan patik melengkapi pekerjaan itu demi kebaikan kita bersama di dunia yang indah ini. Sang Lalai, kau setuju?'
Bina Empayar
'Ya, ampun Tuanku, pacal yang hina menjunjung titah Tuanku ini. Akan patik turut serta dalam parti Tuanku nanti. Tapi, ampun Tuanku, bilakah pilihan raya yang dibincangkan akan diadakan?' suara Sang Lalai terketar-ketar. Dia tidak begitu yakin dengan keputusannya untuk sama-sama melakukan rencana Sang Pelupa dan Raja Ib Lees.
'Sekarang juga! Kumpulkan hulubalang-hulubalang istana untuk melengkapkan pekerjaan ini. Beta mahu membina satu empayar yang merangkumi seluruh dunia ini,' titah baginda.
'Baiklah Tuanku! Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun. Patik mohon ampun kurnia Duli Tuanku. Patik bermohon diri hendak berundur dahulu.'
Hatta, Sang Pelupa dan Sang Lalai beredar dari istana syaitan milik Raja Ib Lees dengan pelbagai persoalan memenuhi fikiran mereka.
Kedua-duanya mula membahagikan tugas masingmasing untuk melaksanakan titah Raja Ib Lees.
Sang Pelupa bersetuju untuk melakukan iklan pilihan raya di televisyen menerusi drama-drama dan filem-filem yang tiada nilai moral.
Iklan di Internet
Manakala, Sang Lalai pula bersetuju untuk melakukan iklan-iklan di Internet dengan bahan bacaan dan bahan tatapan yang lucah.
Jika sempat, dia juga akan melakukan iklan-iklan melalui radio dengan memainkan lagu-lagu yang mengkhayalkan. Maka kedua-duanya setuju.
Setelah bertungkus-lumus dan bersengkang mata bagi mengadakan iklan sempena pilihan raya yang akan datang, ia akhirnya dijalankan di dalam batin manusia melalui setiap perbuatan manusia.
Setiap manusia membuang undi dalam pilihan raya tersebut. Parti Ib Lees melawan Parti Iman.
Maka, turunlah Raja Ib Lees ke tempat persinggahan manusia bagi mendesak mereka mengundinya dalam pilihan raya jiwa itu.
Sang Pelupa dan Sang Lalai bersama hulubalang-hulubalang istana syaitan turut menyertai Raja Ib Lees mencapai hasratnya agar dia menang dalam pilihan raya yang ditentukan pemenangnya melalui setiap kelakuan seseorang manusia itu.
'Raja Ib Lees menjadi raja! Raja Ib Lees menjadi raja! Rakyat dunia sekalian menjunjung Duli Tuanku!' Sang Pelupa dan Sang Lalai bersorak-sorak gembira.
Hulubalang istana turut serta dalam sorakan itu dengan terhidangnya tuak dan makanan lazat. Sang Pelupa dan Sang Lalai terus lupa dan lalai.
Raja Ib Lees masih bersemayam di istana dengan tenang. Sesekali, dia ketawa melihat manusia yang bersuka ria. Temannya semakin ramai!
Gerombolan manusia terus hanyut dalam lautan kealpaan dan mabuk dengan arak dunia.
Manusia yang hina-dina terus merajakan syaitan