Post by S.K CintaZeni on Aug 17, 2008 11:00:29 GMT 8
Komentar S.K Menyusul...
========================
DUNIA SASTERA
TERBIT NOVEL DI M'SIA
Suri rumah mahu karyanya dinikmati khalayak yang lebih ramai
Oleh
Ismail Wardi
TUGAS hariannya sebagai suri rumah sepenuh masa bukan penghalang untuk beliau cergas berkarya.
Bermula dengan menghasilkan sajak dan cerpen yang disiarkan di Berita Minggu sekitar tahun 1980-an dahulu, beliau seterusnya mengorak langkah menghasilkan novel.
Bukan satu malah tiga novelnya telah diterbitkan sepanjang tiga tahun lalu.
Novel pertamanya, Takdir, memenangi Anugerah Penghargaan dalam Sayembara Novel Watan 2 pada 2004.
Novelis wanita Singapura yang saya maksudkan ialah Norisah A. Bakar; nama yang kurang mendapat perhatian ramai sejauh ini.
Bekas penuntut Sekolah Menengah Telok Kurau itu seterusnya menghasilkan novel susulan iaitu Rinduku Di Angin Lalu (terbit pada 2005) dan Hati Seorang Wanita (2007). Kedua-duanya diterbitkan di Malaysia oleh Creative Enterprise Sdn Bhd.
Ditanya bagaimana beliau membahagikan masa untuk keluarga dan menulis, Norisah, 40-an tahun, berkata:
'Disiplin diri perlu ada pada setiap penulis. Misalnya, saya mesti pastikan yang saya menulis setiap hari tanpa bertangguh.
'Saya menulis lebih kurang dua jam selepas solat subuh dan menyediakan sarapan untuk keluarga. Jika ada kelapangan pada sebelah petang, saya sambung berkarya.
'Semasa mula-mula menulis, anak-anak memanglah kurang faham dengan apa yang saya buat. Tetapi kemudian mereka beransur mengerti. Suami saya juga faham dan berikan sokongan sewajarnya.'
Norisah mula berkarya pada 1987. Walaupun sehingga kini beliau kurang d**enali di Singapura, itu bukanlah matlamatnya ketika mula menulis.
'Pada saya, biar orang tak kenal saya, asal mereka kenal dengan karya saya. Saya akan berasa puas jika karya saya diterima dengan baik,' ujar Norisah merendah diri.
'Di Malaysia, orang memperkatakan buku-buku saya menerusi blog-blog mereka. Padahal tak semua yang kenal saya. Saya ikuti perkembangan buku-buku saya itu menerusi laman web mereka.'
Norisah lebih gemar menulis kisah-kisah bertemakan keluarga, persahabatan, kasih sayang, juga cinta kerana menurutnya kebanyakan pembaca muda dan lebih-lebih lagi wanita, gemarkan tema-tema seperti itu. Penulis perlu tahu selera dan kehendak pembaca, tambahnya.
Menjawab pertanyaan mengapa beliau lebih suka karyanya diterbitkan di Malaysia daripada di Singapura, Norisah berkata:
'Saya mahukan khalayak pembaca yang ramai. Di sana, bukubuku saya boleh pergi jauh, sehingga ada yang menyangka saya ini penulis dari Malaysia.'
Menyentuh tentang apa yang perlu dilakukan untuk menarik minat masyarakat Melayu di sini membeli dan membaca karya penulis tempatan, Norisah dengan bersemangat berkata:
'Kita sebenarnya ada ramai penulis berbakat. Adakan usaha memperkenalkan karya mereka kepada ramai. Ulas karya-karya mereka sama ada di akhbar, radio ataupun televisyen atau pada majlis-majlis sastera. Perbanyakkan promosi semasa pesta buku, umpamanya.
'Atau penulis perlu adakan blog sendiri untuk memperkenalkan karya mereka sehinggalah sampai ke satu tahap di mana pembaca tidak berfikir dua kali untuk membeli dan membaca buku penulis ini.
'Ia juga sebagai sokongan yang akan meningkatkan semangat penulis untuk berkarya dan menghasilkan yang lebih baik pada masa depan.
'Tetapi saya dapati pembaca di sini lebih suka meminjam buku di perpustakaan daripada membeli buat koleksi peribadi.'
Bagi Norisah, selagi terdaya dan ada sokongan berterusan daripada keluarga dan peminat, beliau akan terus menulis.
==================
Salam,
a. S.K sangat bangga dengan kakak ini, tapi, hairanlah dengan "tajuk" berita... kalau tak terbit kat Malaysia, nak terbit kat mana? Kat Singapor yang tiada pasaran langsung? Kecuali penerbit tersebut mempunyai pasaran di lain-lain negara atau mempunyai perancangan promosi yang agresif, S.K tidak pasti rasionalnya menerbitkan di Singapura.
Dari zaman remaja lagi, S.K memandang pasaran pembaca S.K bukan hanya di negara cinonit ini, tetapi di Malaysia (kerana kebersamaan dalam bahasa...). Dan kini, ada peluang penterjemahan Bahasa Melayu kepada Bahasa Indonesia, maka, pasarannya akan lebih meluas lagi jika menerbitkan dengan penerbit yang mempunyai visi dan misi yang dalam dan jauh ke hadapan.
Begitu juga dalam menentukan ukurtara pengkaryaan S.K, dari zaman remaja lagi, S.K menghirup karya-karya yang hebat dari negara jiran dan mencabar diri untuk menulis lebih baik daripada cerpen-cerpen yang ada di dalam Dewan Sastera, dan kini, novel-novel yang ditulis oleh mereka yang seangkatan dari negara jiran itu.
Puisi pula ialah genre yang sangat subjektif dan masih banyak ruang penerokaan dan eksplorasi pembaharuan serta inovasi sejajar dengan masa...
b. S.K juga katakan perkara yang sama kepada Ustaz Zaid Akhtar mengenai pembaca Singapura yang lebih gemar membaca dari khutubkhanah daripada membeli. S.K memberikan sebab yang belum dikaji sebagai:
1. Para pembaca yang membaca buku melayu ialah terdiri daripada mereka yang golongan berpendapatan rendah
2. Para pembaca berpendapatan sederhana ke atas (yang mempunyai kuasa membeli) lebih cenderung kepada Bahasa Inggeris, lalu, lebih gemar membaca dan membeli buku-buku bahasa Inggeris
Wassalam.