Post by S.K CintaZeni on Jul 28, 2008 0:02:00 GMT 8
Salam,
hanya bahagian "mustahil" saja yang memusykilkan S.K. Yang lain, dihitamkan untuk penekanan.
Wassalam.
Komentar
Sabtu, 26 Julai 2008
Memupuk ketokohan persuratan Melayu
HARI ini, buat julung kalinya Singapura menjadi tuan rumah bagi seminar yang membincangkan bakti tokoh besar persuratan, Dr Masuri Salikun, atau nama penanya, Masuri S.N. Sebuah pameran yang menelusuri sejarah kehidupannya turut disajikan di bangunan Lembaga Perpustakaan Negara. Di sini juga ditempatkan koleksi beliau bersama para penerima Anugerah Tun Seri Lanang yang lain.
Acara ini bak tabir mengakhiri Bulan Bahasa tahun ini. Oleh itu, banyak perlambangan penting yang wajar dicerna daripada peristiwa ini dalam menilai penakatan bahasa dan persuratan Melayu watan ini. Mentelah lagi, Singapura pernah antara 1850 sehingga awal 1960-an menjadi pusat kecendekiawanan Melayu rantau ini.
Berada di lautan berbahasa Melayu Asia Tenggara dan mempunyai minoriti Melayu, maka wajar sekali Singapura sentiasa mengikuti arus utama persuratan Melayu. Memang mustahil (S.K: ) untuk mengulangi pencapaian Dr Masuri dan rakan-rakannya seperti Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad yang melalui zaman getir penjajahan, perang dan kemerdekaan. Tidak syak, mereka telah mewariskan khazanah tidak ternilai untuk Singapura. Persoalan kita sekarang: bagaimanakah strategi pendidikan negara, terutama pengajaran bahasa Melayu yang terhad masanya di sekolah, dapat melahirkan tokoh seperti mereka?
Kehadiran golongan seniman, termasuk penulis, amat penting dalam mengangkat peradaban sesebuah watan. Walaupun Singapura sudah dianggap 'negara maju' dari segi pendapatan warga atau taraf hidup, kita masih belum mempunyai golongan seniman besar yang mencukupi untuk menjangkau penghormatan jagat. Inilah antara yang menjadi cabaran kita dalam jangka masa panjang untuk membangkitkan segala potensi warga atau pendatang yang ingin bermastautin di sini.
Oleh itu, kita perlu menyemak dan mempertingkat strategi pendidikan dan gerakan budaya dari semasa ke semasa. Tujuannya, agar lebih berkesan dan menjurus atau fokus ikhtiar negara dalam memupuk bakat seni, termasuk penulisan. Langkah ini perlu dilakukan secara serius dan penuh hemah.
Sejarah peradaban dunia membuktikan seniman merupakan profesi yang boleh mengangkat maruah negara. Sewajarnya usaha ini diberikan sokongan teguh lagi bermakna dari segi dana, bimbingan sehingga dukungan watan . Jika seminar ini dapat dijadikan titik-tolak kesedaran, diharap dalam jangka sederhana, Singapura dapat memancarkan bakat besar bertaraf dunia.
cyBerita: Lelaman Internet Berita Harian Singapura.
cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,123579,00.html?