Post by S.K CintaZeni on Jul 13, 2008 9:24:31 GMT 8
Salam,
S.K hitamkan bahagian yang S.K kurang setuju...
======================
12 Julai 2008
cyBerita: Lelaman Internet Berita Harian Singapura.
Komentar
WAWANCARA
Masa depan bahasa ibunda di tangan orang Melayu
Encik Abdul Salim Basri, 60 tahun, merupakan pembaca setia Berita Harian (BH) dan aktif dalam menyertai pelbagai kegiatan anjuran akhbar ini. Bapa empat orang anak ini, menceritakan kisah cintanya dengan BH.
By Noor A. Rahman
Soalan: Encik Salim seorang pembaca setia akhbar Berita Harian (BH). Apakah yang membuat anda terus membaca BH?
Salim: Saya mula membaca BH pada usia sekitar 19 tahun, yakni pada 1967. Saya membacanya saban hari sampailah kini saya mempunyai empat anak dan 12 cucu.
Saya membaca BH kerana pada pendapat saya, sebagai satu-satunya akhbar bahasa Melayu di sini, saya perlu menyokong akhbar ini sepenuhnya.
Terus terang, isi kandungan adalah faktor kedua bagi saya.
BH bak sarapan saya. Selepas solat subuh saya akan terus membaca BH, sebelum saya bersarapan.
Jika satu hari saya tidak dapat membaca BH, umpamanya akhbar itu gagal dihantar ke rumah saya, saya akan rasa gelisah, seolah-olah gian membacanya.
Yang menarik dalam BH adalah laporan berita dalam dan luar negara, komentar dan cerita-cerita berkaitan masyarakat Melayu yang selalunya hanya boleh didapati di BH.
BH bak jendela masyarakat Melayu.
Soalan: Apakah perbezaan BH dahulu dan sekarang?
Salim: BH saya anggap 'sama tapi tak serupa'.
Sama dari segi ia terus dapat memenuhi cita rasa saya dalam menghidangkan pelbagai laporan menarik.
Tidak serupa pula dari segi isi kandungannya semakin bertambah dan mutunya umumnya semakin meningkat berbanding 20 hingga 30 tahun lalu.
Walaupun saya sering juga membeli akhbar lain, BH masih menjadi akhbar utama saya.
Soalan: Apakah perubahan yang perlu dilakukan BH demi mengekalkan pembacanya atau menarik pembaca baru?
Salim: Pada pendapat saya, BH tiada kekurangan ketara. Mungkin ada pembaca yang mahukan beberapa perubahan tetapi perubahan ini ada kala sudah pun dimuatkan sama ada di BH atau BM (Berita Minggu).
Kita hanya perlu rajin membacanya. Mungkin ramai pembaca tidak menyedari apa yang mereka mahukan kadangkala telah pun disajikan.
Jika mahu perubahan, mungkin saya ada beberapa saranan. Antaranya, semua halaman BH perlu berwarna agar lebih segar berbanding hitam putih yang kelihatan kurang menarik dan lapuk.
Satu lagi mungkin dapat disorotkan cerita atau isu-isu khusus berkaitan wanita dan lelaki.
Satu lagi, terlalu banyak iklan juga yang terdapat di BH sehingga kadangkala membosankan.
Tetapi saya faham iklan ini membolehkan BH terus berdaya maju dan meraih keuntungan yang membantu penakatannya.
Soalan: Ada langkah lain yang perlu diambil?
Salim: Bagi saya, kita perlu kenal pasti pembaca setia dan pembaca bukan setia. Jika boleh, lakukan kajian mengenai cita rasa pembaca setia.
Bagi pembaca bukan setia, apa jua yang dihidangkan BH, mereka mungkin membacanya dan mungkin tidak.
Ada yang membeli BH kerana ingin menyertai pertandingan yang diadakan. Jika tiada pertandingan, maka pembaca seperti ini kadangkala tidak membeli BH.
Bagi pembaca setia pula, mereka akan membaca kebanyakan laporan yang disajikan BH.
Pembaca setia membaca BH bak sarapan yang perlu diambil setiap hari.
Jika tidak, mereka akan berasa gelisah.
Jadi mungkin tumpuan dapat diberikan kepada cita rasa pembaca setia, berbanding dengan permintaan pembaca yang tidak setia yang memberi sokongan bersyarat kepada BH.
Namun, baik juga bagi pihak BH untuk terus mencari cara-cara untuk memperbaiki mutu isi kandungannya.
Ini agar BH terus relevan kepada pembaca dan dapat menyajikan laporan yang menarik dari semasa ke semasa.
Soalan: Apa pendapat dan galakan Encik Salim terhadap generasi muda berkaitan pembacaan BH?
Jawapan: Majoriti pembaca setia BH, menurut pengamatan saya, adalah mereka yang lebih berusia. Golongan muda yang beraliran sekolah Inggeris lebih gemar membaca akhbar Inggeris.
Pada kesempatan ini, ingin saya galakkan golongan muda kita agar tidak ketepikan akhbar tunggal bahasa Melayu Berita Harian.
Soalan: Kenapa?
Salim: Kalau kita sendiri orang Melayu tidak menyokongnya, siapa lagi?
Sedangkan saya pernah melihat orang bangsa lain membaca BH. Jika mereka boleh membaca BH, kenapa orang Melayu sendiri tidak mahu membaca dan menyokong akhbar bahasa Melayu?
Alasan bahawa BH kurang tebal atau kurang berita, adalah tidak berasas. Ini sebenarnya alasan pembaca yang memang tidak setia pada BH atau mungkin tidak selesa dengan bahasa Melayu.
Justeru, ingin saya rayu agar orang Melayu menyokong akhbar bahasa Melayu kita. Saya harap orang kita dapat memikirkannya.
(S.K: Buat apa nak merayu-merayu semua ni?)
Soalan: Beralih kepada bahasa Melayu, apakah pendapat anda tentang penggunaan bahasa ini di kalangan orang Melayu?
Salim: Hakikatnya, pelajar dan golongan muda aliran sekolah Inggeris lebih fasih berbahasa Inggeris daripada bahasa Melayu, bahasa ibunda mereka.
Selalu saya dengar mereka berbahasa Inggeris.
Cuma yang sedihnya, jika mereka berbahasa Melayu, mereka tidak utamakan ketertiban bahasa itu.
Bahasa Melayu diucapkan 'asal boleh' sahaja sehingga kadangkala geram mendengarnya.
Janganlah kita anaktirikan bahasa Melayu. Walaupun mereka beraliran Inggeris, sebagai anak Melayu, mereka harus ambil berat juga tentang bahasa Melayu.
Soalan: Apakah ini kerana mereka kurang fasih atau malu berbahasa Melayu?
Salim: Ini bukan kerana mereka kurang fasih atau malu, tetapi kerana mereka sendiri tidak mahu berbahasa Melayu. (S.K: Betulkah mereka tidak kurang fasih? Dah dengar ke belum cara mereka berbual? Soalan cepu emas, mengapa mereka tidak mahu berbahasa melayu?)
Mereka seperti tidak kisah tentang penggunaan bahasa Melayu dan lebih utamakan bahasa lain. (S.K: Mengapa, agaknya?)
Mereka tidak ambil peduli dengan bahasa ibunda mereka sendiri. Ini yang membuatkan saya sedih.
Saya sebenarnya bangga jika orang Melayu fasih berbahasa Inggeris. Tetapi, saya akan lebih bangga lagi jika mereka lebih fasih dalam bahasa Melayu juga, bahasa ibunda mereka. Tetapi sayangnya, ini jarang berlaku.
Saya bangga jika orang Melayu mampu menguasai banyak bahasa, tetapi usahlah bahasa Melayu sendiri tidak digunakan atau d**etepikan. (Okaylah, ni S.K setuju 100%)
[/b]Soalan: Apakah Encik Salim bimbang bahasa Melayu akan pupus?
Salim: Seperti kata orang-orang lama, takkan Melayu hilang di dunia. Sama juga dengan bahasa Melayu, ia tidak akan pupus selagi orang Melayu wujud di dunia, begitu juga dengan bahasa Melayu.
Soalan: Tetapi jika orang Melayu sendiri tidak gunakan bahasa Melayu?
Salim: Mereka tidak gunakan bahasa Melayu bukan bererti bahasa itu akan pupus.
Saya masih yakin jika mereka berbual sesama anggota keluarga, khususnya pada orang tua, atau saudara atau rakan Melayu, mereka akan gunakan bahasa Melayu.
Banyak keluarga Melayu kini berbahasa Inggeris di rumah dan ini sebenarnya satu perkara yang menggalakkan.
Namun, kita juga harus gunakan bahasa Melayu di rumah, jangan sampai tidak menggunakannya langsung. Ibu bapa Melayu harus ingat perkara ini dan galakkan anak-anak mereka berbahasa Inggeris dan Melayu. Itu yang lebih baik.
Soalan: Bagaimana Encik Salim galakkan anggota keluarga membaca BH?
Salim: Saya memang sejak dahulu lagi selalu menggalakkan anggota keluarga dan anak buah saya membaca BH.
Di majlis atau pertemuan sesama keluarga dan sanak saudara, jika ada kesempatan, saya selalu mengingatkan mereka biar apa sekali pun kita mesti baca BH.
Ini untuk mempertingkat penguasaan dan pertuturan kita dalam bahasa Melayu selain mengetahui perkaraperkara yang berlaku dalam masyarakat kita.
Akhir kata, ingin saya galakkan orang-orang Melayu agar menyokong akhbar BH sebagai satu-satunya akhbar bahasa Melayu di sini selain rajin-rajinlah menggunakan bahasa Melayu untuk menguasai kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris.
Penakatan kedua-dua BH dan bahasa Melayu memerlukan sokongan orang Melayu. Bahasa menunjukkan bangsa.