Post by S.K CintaZeni on May 22, 2008 20:23:49 GMT 8
Salam,
sesekali, S.K tak selari pendapat dengan FT.
==========================================
Aliran tasawwuf dalam persuratan
Pandangan Prof Ali Taqi
Novel bersiri: Perempuan di Wajah Langit Pagi
Disiarkan dalam: Milenia Muslim Bulan Februari
"Kita bercakap tentang Hamzah duluan sebelum kembali kepada Nahjul Balaghah." Dr. Ali Taqi tahu Zanjabila teruja.
"Kita bersetuju bukan kedatangan risalah Islam dengan ajaran tasawwuf merupakan satu revolusi untuk masyarakat jahiliah Melayu pra Islam? Kita juga bersetuju bukan, sesudah kedatangan Islam khazanah sastera Melayu mendapat suntikan intelektualisme yang luar biasa. Aspek ini terserlah khususnya menerusi karya sastera."
"...err tasawwuf yang dimaksudkan di sini, Dr. Ali?" Hashemi mencelah setelah dari tadi membiarkan dirinya hanyut dalam perbincangan Zanjabila dan Dr. Ali Taqi.
Dr. Ali Taqi tersenyum, dia tahu bukan sangat Hashemi tidak tahu tetapi lebih untuk membakar perbahasan serta perbincangan mereka supaya menjadi lebih dalam dan tidak hanya permukaan. "Terdapat lapan aliran atau kelompok aliran tasawuf atau kesufian.
Aliran pertama ialah aliran zuhud yang dikaitkan dengan Rabiah Al-Adawiyah, Ibrahim Adham dan Sufian ats-Tsauri.
Kedua, aliran kasyf dan makrifat yang menekankan pembersihan hati untuk mendekatkan diri dan memahami realiti ketuhanan, aliran ini dipelopori oleh Imam al-Ghazali.
Ketiga, aliran ittihad dan hulul iaitu kumpulan sufi yang dikaitkan dengan pengaruh Hindu dan Kristian. Tokoh-tokohnya adalah al-Hallaj, 'Ain al-Qudhat dan Al-Busthami. Mereka amat menekankan penggunaan simbol di dalam sastera sufi yang dinamai pengucapan shathiyat dan dianggap satu ciri khas dalam 'estetika sufisme'.
Keempat adalah kelompok sufi yang d**enali sebagai penganut aliran al-Isyraq yang menggabungkan rasional dan rasa dengan pencerahan iaitu illumination, untuk mencapai tuhan. Kelima adalah aliran al-Hubb atau aliran cinta untuk menuju kepada Allah. Kumpulan ini terdiri dari Ma'aruf al Karkhi, Jalaludin Rumi, Attar, Ibn Faridh, Hafiz Shirazi dan terkini Ayatullah al Uzma Imam Khomeini."
Dr. Ali Taqi menghela nafas. Batuk-batuk kecil sebelum menyambung, "Keenam ialah aliran yang diberi nama suluk di mana mereka menekankan satu zikir tertentu atau amalan khas untuk mendekatkan diri dengan Allah dan membentuk kumpulan tarekat tertentu seperti kumpulan Naqsyabandiah, Tijaniyah dan Qadiriyah.
Aliran ketujuh ialah aliran akhlak yang menkankan ukhuwwah dan silaturrahim seperti yang dipelopori oleh al-Haddad dan kumpulan tarekat alawiyah di Hadhralmaut.
Kelapan ialah aliran wahdah al-wujud yang dikaitkan dengan Muhyiddin Ibn Arabi, Jamaludin al-Afghani, Mulla Sadra, meskipun wahdah al-wujud beliau sedikit berbeza dengan Ibn Arabi dan di rantau Melayu ini dianuti oleh Hamzah Fansuri dan diterima oleh Syed Naquib al-Attas di negara kita.
===================================================
Ustaz FaisalTehrani lulusan syar'iah.
S.K pengkaji Usuluddin.
Dan perbincangan diatas ialah bab-bab tasawwuf. Jadi, S.K fikir S.K harus memberi sedikit komen...
Samalah seperti FT tidak menggunakan lensa yang sesuai dalam meneliti karya Hamzah Fansuri secara hermeneutics... kerana umpama gunakan mikroskop untuk mengkaji matahari... memang terbakar mata... memang tak nampak apa yang perlu dinampak...
Okay. Menggunakan konsep-konsep pilihan FT sendiri, S.K akan mengkategorikan semula...
Konsep: Zuhud, kasyf dan makrifat, tarekat, ittihad dan hulul, al-Isyraq, suluk, wahdah al-wujud, Hubb, zikr, suluk, shathiyat
1. Hal keadaan yang ditekankan dalam tasawwuf: zuhd,
2. Hal keadaan yang dicapai oleh orang-orang sufi: ittihad, hulul, wahdah-al-wujud al-Isyraq, Hubb, kasyf
Ditemukan melalui jalan tarekat (ada 40 tarekat sunni yang muktabar hari ini dengan cabang-cabang yang berkembang dengan baik di seluruh dunia)...
Menurut mereka yang sufi, hampir setiap nama yang disebut oleh Prof. Taqi akan melalui jalan tarekat
3. Cara asas dalam tarekat untuk sampai kepada hal keadaan hakikat: zikr, suluk (khalwat 10 - 40 hari)
S.K tak punya masa untuk menerangkan lebih lanjut. Cuma berdasarkan pembacaan S.K akan karya-karya sufi yang disebut Prof. Taqi, S.K akan menggunakan saringan dalam bentuk fana' fillah yang berbeza-beza, mengikut maqam, untuk mengkategori aliran tasawwuf dalam persuratan.
Dengan saringan tersebut, hanya ada tiga aliran dalam persuratan, bukan lapan:
1. Wahdah al-wujud
2. al-Ittihad dan hulul
3. al-Isyraq
dengan sebahagiannya menggunakan shathiyat dalam persuratan mereka...
Dan didasari Hubb (yakni Cinta) sebagai elemen terpenting dalam setiap karya kerana dunia ini dicipta kerana Hubb...
Selamat mengkaji usuluddin tradisi sunni lagi, FT... atau bertanya kepada pengamal yang mengkaji
Wassalam.