Post by S.K CintaZeni on May 17, 2008 15:15:43 GMT 8
Salam,
Ada seorang teman penulis seangkatan yang sangat-sangat S.K hormati, baru-baru ni, dia kata dia tak pernah baca cerpen S.K pun...
Dia kata, letaklah tulisan S.K di sini...
(Betul ke, S.K bleh menulis??? Jeng, jeng, jeng...)...
S.K beritahu dia, Dr.Remaja PhD dan sebuah lagi cerpen S.K, "Kamilia Kasih", (cerpen "feberet" S.K) yang pernah tersiar di BM sedang ditaip semula...
Untuk "Orang Asing Dalam Kelompok" masih boleh didapati di:
nac.gov.sg/static/doc/eve/OrangAsingDalamKelompok.pdf
Teman tu kata lagi, letaklah ekstrak novel S.K di blog, kalau boleh...
S.K ada sebuah novel yang telah/sedang ditulis untuk diterbitkan secara serius sejak tahun 1998... ia bermula dengan versi cerpen yang S.K ingin kembangkan menjadi novel... S.K pernah minta allahyarham Cikgu Othman Puteh dalam tahun 1998 itu untuk mencarikan penerbitnya dan dia dengan senang hati akan membacanya dan jika sesuai, akan mencarikan penerbit... sejak tahun 1998... lepas tu, tiap kali jumpa, S.K minta alamatnya, dia tanya mana... S.K kata belum siap...
Protagonisnya pun dah bertukar nama berapa punya banyak kali...
Nama asal, Ainul Husna. Kali terakhir, namanya ditukar ialah dalam tahun 2005 dan telah menjadi "Aliyah".
Nama watak-watak lain pun bertukar-tukar... salah seorang sahabatnya, nama asalnya dalam tahun 1998 tu, Faizal. Waktu kat Uni dulu, banyak betul kengkawan nama Faizal dan semuanya baik-baik belaka, jadi, S.K nak abadikan mereka ni dalam novel pertama yang nak diterbitkan tu lah... Dalam tahun-tahun 2000 keatas, S.K "ter"berkenan dengan nama Raizal, dan dalam 2005, S.K pilih Faiz sebagai nama terakhir... Sekarang sedang terfikir nak tukar jadi "Faizun" lah plak...
Watak buah hati si Faiz/Faizun ni pun, tukar nama, sekejap Syahidah, sekejap Rashidah... sampai sekarang belum pilih... yang S.K tahu, nama panggilannya, tetap Shidah...
Yang istiqamah hanya nama kekasih hati protagonisnya tu, Tajul Qamar (Mahkota Bulan)... tak tahulah nape minat sangat nama tu... Mungkin sebab tersampuk lagu "Di Wajahmu, Ku Lihat Bulan" versi yang dinyanyikan Maman Teachers' Pet dengan penuh perasaan...
S.K nak turunkan sedikit ekstrak daripada novel tersebut... Versi 2005.
Tajuk novel ini dalam angan-angan S.K sejak 1998 ialah
Corak:
Kasih, lukis daku ke dalam hidupmu...
Ya, ya, novel cinta tapi waktu tu dah dewasa sikit, jadi ada sesuatu yang tulus yang ingin S.K sampaikan dalam cerita cinta tu Dan kini, dengan pemahaman baru tentang persuratan, penulisan S.K bertambah dimensi lagi... Mmmm, tapi ingat ini, versi cerpen 2005...
===========================================
Sehingga kini, aku sendiri tak mengerti gerak rasa apa yang membuatkan aku menahan Shidah yang hampir menjejakkan kaki ke luar apartmen, “Shidah, nanti! Aku ikut!” Mulai saat itu, tangan takdir telah mula menerik benangku yang hitam kelabu untuk dijadikan sebuah sulaman pelangi yang tidak terlihat oleh sesiapa.
Shidah kembali menutup pintu, bibir merahnya melebar, menunjukkan barisan gigi putih sempurna. “Ait! Apa mood harini?”
Aku hanya mengangkat bahu, malas dan terus bangun. Dengan diperhatikan Shidah yang tersenyum mengusik, aku menocang rambut dan kami menjejak keluar.
Di pameran lukisan itu, Shidah meninggalkanku sendirian untuk mencari teman lelakinya. Aku menyeret langkah di atas lantai berkarpet kelabu itu. Pandanganku menyinggah tanpa minat pada lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis amatur tahun dua dan tiga. Ada yang bergantungan, ada yang diletakkan di bawah, disandarkan ke tembok kelabu.
Galeri itu agak sejuk, mungkin sistem penghangatnya tidak begitu kuat. Aku menyandar di sebuah tiang, menggesek-gesek dan meniup-niup tangan yang bersarung, cuba menghangatkan diri.
Di waktu itu, jarum yang tidak ku lihat, menarik benang mataku hingga jatuh pada sebuah lukisan yang diletakkan dibawah bersama lukisan-lukisan yang lain. Kakiku seolah-olah dirasuk, bergerak untuk melihat dengan lebih dekat lagi.
Sebuah tasik mencermin langit tidak berawan. Pemandangan tersebut dilukis dengan begitu teliti sekali dengan warna yang menjurus dari variasi biru terang, kelabu terang dan putih kepada variasi merah ringan, jingga kuning dan sedikit hijau. Seolah-olah, jika dilihat dari sebelah kiri, cuaca kelihatan sejuk dengan tasik membeku. Ais dan rerumputan ditenggelami salji tetapi seolah-olah salji mula mencair kerana itu, di sebelah kanan, kelihatan tasik membayangi langit yang seolah-olah mentarinya sedang terbenam atau terbit dan rerumputan yang berbunga putih kecil, yang boleh jadi bunga atau sisa dari salji. Anehnya, apabila aku memandang di bahagian kiri, perasaanku tenang dan tenteram tapi apabila perlahan-lahan mataku bergerak dari kiri ke kanan, dapat ku rasakan perubahan pada perasaan yang tiba-tiba jadi murung. Dan bila aku melakukan sebaliknya iaitu memandang dari kanan ke kiri, perasaanku turut berubah dari murung kepada tenang. Aku begitu terpaku. Aku mencangkung menatap lukisan itu, mataku tak berkelip. Entah berapa lama, aku merenung lukisan itu.
Penat mencangkung, aku duduk bersila di lantai kelabu yang tidak berdebu itu.
“You seem to like this painting. Anda seperti suka pada lukisan ini.” Sebuah suara dalam bahasa Inggeris. Sebuah komentar tentang minat yang kutunjukkan pada lukisan aneh itu.
Tanpa mengalihkan mata, aku sempat berbunyi, “Hmmm…”
“Why?” Kenapa?
Aku merasakan sebuah kehadiran di sebelahku. Dengan berat, hendak tak hendak, aku memusingkan kepala lalu tenggelam dalam sepasang mata yang coklat bercahaya, ingin tahu, geli hati, tak berkelip. “Melayu?”
Aku mengangguk, diragut pulang ke realiti. “Ah … ye…”
“Dari?”
“Singapore.”
“Ahhh…. Tajul Qamar dari Singapor juga.”
“ Aliyah.” Aku menghulur tangan untuk menjabat tapi dia menggeleng kepala, tersenyum, malu.
Aku menarik tangan semula tersenyum juga, lebih lagi malu.
“Aliyah. Nama yang baik.” Katanya.
Aku terpinga. “Terima kasih.” Hanya itu yang mampu ku katakan.
“Yang Tinggi.” Katanya lagi, suara rendah dan lembut.
Aku mengerut kening.
“Terjemahan harfiah Aliyah… Yang Tinggi.”
“Har…harfiah?”
Dia tersenyum. “Literal.”
“Oh.” Dalam sekelip mata, aku telah mempelajari dua perkara. Seumur hidupku tidak pernah aku terfikir mencari erti namaku.
Aku tertarik. “Tajul Qamar?”
“Mahkota bulan.” Jawabnya sepatah, kemudian kembali kepada lukisan yang dihadapan kami dan bertanya semula dalam bahasa Melayu. “You suka lukisan ni?”
Aku juga mengembalikan perhatian kepada lukisan itu. “Mmmmm…Lukisan ni sungguh menghairankan.” Kataku, membisik.
Tajul Qamar mengerut kening. “Menghairankan?”
“Dah tengok lukisan ni?”
“Dah.” Jawabnya sepatah.
"Rasa tak apa yang I rasakan?..." Aku mula memberitahunya tentang kesan yang kudapati daripada lukisan tersebut sebelum merumuskan, "...seorang genius telah melukis lukisan ini!”
“Mungkin tidak.” Kata Tajul, serius.
“Huh?” Aku memandang ke arahnya, mengerut kening. “Kenapa pulak? Apa pendapat you tentang lukisan ni?” Aku menuntut jawapan darinya pula.
“Pendapat I?” Pada waktu itu, aku tak mengerti mengapa pemuda itu tiba-tiba ketawa. “I cuma tahu tengok.”
Aku tertawa juga, teringatkan Shidah. “Macam kawan I, Shidah. Tapi lagi teruk. Dia datang bukan untuk tengok pameran ni, nak tengok boyfriend dia!…. eh, cakap pasal Shidah, terlupa pulak I. Mana entah dia……Senang berkenalan dengan you, Tajul Qamar.” Aku bangun dan mengibas seluar yang tidak berhabuk sebenarnya.
“Me, too. Jumpa lagi?” Tanyanya.
“Ya.” Kataku, acuh tak acuh. “Kalau ada ruang dan kesempatan.”
Aku berlalu meninggalkan Tajul tanpa menyedari benang mandiriku sedang diulit menjadi dwiwarna.
Aku tidak memberitahu Shidah tentang pertemuan itu. Malah, aku telah pun melupakan kejadian di pameran itu saat aku berjumpa Shidah dan Faiz... sehinggalah takdir mencucuk jarumnya dan aku menemukan sebuah bungkusan empat persegi besar berbalut kertas coklat di hadapan pintu apartmen tiga hari kemudian pulang dari kuliah bersama Shidah. Namaku ditulis besar dengan pena hitam.
“You punya.” Usik Shidah, menyiku begku.
Aku menyandarkan bungkusan itu ke tembok. Shidah membuka pintu dan kami masuk ke dalam apartmen. Aku mencampakkan beg dan buku-buku ke atas sofa sebelum keluar semula untuk mengambil bungkusan. Aku duduk di atas sofa dan cepat-cepat mengoyakkan kertas coklat bungkusan misteri itu.
“Oh.” Terpantul dari bibirku melihat lukisan yang aku kagumi tempohari sedang berehat di riba. Sebuah kertas putih terlekat di bingkai kiri. Aku mengambil dan membacanya dengan kuat:
“Untuk pengkagum karyaku,
‘Aliah
Mudah-mudahan menjadi penyeri warna hidupmu.
t.Q "
“t.Q?” Tanyaku. Aku memandang tandatangan di hujung sebelah kanan lukisan itu. “t.Q”. Aku tak sedar tandatangan di lukisan itu kelmarin.
Shidah duduk di sebelahku, “I tak tahu pun yang you ada beli lukisan kelmarin.” Dia mengambil kertas putih itu dari tanganku.
“Mana ada? I tak de beli lukisan!” Kataku, membela diri tanpa sebab. “I tak tahu pun macam mana pelukis lukisan ni tahu yang I sukakan lukisan dia.”
“Ni macam tulisan Tajul…” Kata Shidah, perlahan… “t.Q? Haaah, betullah tu, Tajul Qamar…ALIYAH!” Tiba-tiba suara Shidah naik, ghairah, “YOU JUMPA TAJUL?” Belum sempat aku menjawab, dia menjerit pula pada Kak Min, “KAK MIN, TAJUL DATANG KE TADI?”
“HAH? APA?” Kak Min jerit balik.
“TAJUL DATANG KE TADI?” Shidah mengulangi jeritannya.
Kak Min muncul di pintu yang memisahkan dapur dari ruang hadapan. “Entah. Kenapa?” Kak Min juga mengenali Tajul? Takdir telah rupanya terlebih dahulu menghamparkan kanvas.
“Ni, dia ada bagi gambar yang dia lukis kat Aliyah. Dia letak kat luar. Kak Min tak sadar ke?”
“Tak dengar bunyi orang ketuk pun?” Kata Kak Min. “Kak Min nak tengok.”
Kak Min mengelap tangannya di sebuah tuala dan duduk di sebelah kanan ku.
“Cantiknya!” Kata Kak Min, mengkagumi lukisan itu. “Tajul lukis? Kenapa dia bagi kat Aliyah, eh?”
“Manalah Aliyah tahu lukisan ni dia yang buat.” Kataku antara sedar dan tidak, terus merenung jauh ke tasik dalam.
“You ada jumpa dia?” Tanya Shidah sekali lagi.
Aku mengangguk dan menceritakan apa yang berlaku. Shidah tersengih dan sekali-sekala memandang Kak Min yang membalas senyuman Shidah.
“Dia berkenankan Aliyah, tu.” Kata Kak Min, selamba sebelum bangun dan terus ke dapur.
“Ah?” Kataku, terpinga. “Alah, dia cuma menghargai 'Aliyah sebab 'Aliyah menghargai lukisan dia.” Kataku, “Macammana korang kenal dia?”
Shidah tersenyum. “Dia tu rakan sebilik Faiz. Kan I pernah bilang dengan you.”
“Ye ke?” Kataku sungguh-sungguh. “Tak perasan, agaknya.”
“You, tu... memang hidup dalam dunia sendiri.”
Aku antara dengar dengan tidak.
Mindaku mencapai satu keputusan. “Shidah, you kena bawak I ke asrama Faiz. I nak bagi balik lukisan ni.”
Mata Shidah terbeliak tapi tak kuasa untuk membantah.
Keesokan harinya, selepas kuliah, kami ke asrama Faiz. Faiz dan Tajul tidak ada di dalam bilik mereka. Aku menyandarkannya di hadapan pintu. Dalam pada itu, aku berasa sedikit lega tidak perlu berjumpa dengan pelukis lukisan dan mengembalikan pemberiannya yang ikhlas itu sendiri kepadanya.
Aku terdengar derapan kasut, menoleh dan mataku disambut oleh sinaran sepasang mata yang cerdik.
“Assalamualaikum.” Suaranya rendah menyapaku.
Jantungku seakan terhenti.
========================================================
Dan suspensenya berterusan, heh...
Amacam? Teman, okey, tak? LOL...
Ekstrak pun ekstrak, lah kan?
Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan...
Wassalam.