Post by S.K CintaZeni on May 5, 2008 21:55:04 GMT 8
Penyair: Rafaat Hamzah
kbakti.multiply.com/video/item/157/Deklamasi_Puisi_Pulau_Melebih_Rafaat_Hamzah
kbakti.multiply.com/video/item/156
Komentar S.K:
Salam,
Tumpang bicara, tuanpunya blog...
Saya tak perasan, blog ini milik penghuni pulau singa juga, rupanya!...
Tidak pasti bila Rafa'at menulis puisi ini... Saya sukar menerima puisi Rafa'at ini kerana nampak sangat "ketidaktahuan"nya tentang situasi sosio-agama terkini di sini... Dan bila pendengar tertawa, menunjukkan juga ketidaktahuan mereka tetapi malangnya, penyair telah mengesahkan sesuatu yang hanya bermain-main di minda mereka selama ini!
Saya suka penyair pembantah. Tetapi sangat khuatirkan penyair yang menyangka mereka menegakkan keadilan tanpa mengkaji dulu keadilan apa yang ingin ditegakkannya!
Wallahu'alam...
Terima kasih meletakkan klip-klip tersebut disini
Wassalam.
kbakti
reply
kbakti wrote on Apr 27
terimakasih atas komen & keprihatinan.. pembicara yg arif.. saya turut mengikuti perkembangan penulisan anda.. salam sastera & penulisan
moga apa pun posting yg baik dpt dijadikan manfaat.. yg tak baik dijadikan muhasabah..
jika tak silap.. puisi Rafaat ini di tulis pada 2005 & turut termuat dlm antologi "Yang Bilang (Rafaat Hamzah)" yg baru dilancarkan baru2 ini..
tentang kepenyairan Rafaat.. diri yg kurang arif ini pun pernah berpendapat..
"he's a talented deklamator.. but sometime his poetry tend to be prosaic.. but offcourse the message in his poems are his d'forte"
"well.. keikhlasan dalam berkarya pun sama penting.. dgn aspek2 lain dlm perpuisian.."
=========================
Salam,
kebanyakan puisi tempatan, dewasa ini, saya perhatikan berbentuk prosa... mungkin kekuatan generasi lepas-perang Dunia ke-2, wallahu'alam...
Boleh dikaji... saya ada teori mengapa...
Keikhlasan satu hal, "pengetahuan" satu hal... saya belum nak sentuh ilmu... baru kesedaran tentang apa yang sebenar-benarnya berlaku di persekitaran penyair...
Khusus bagi penyair yang menulis isu-isu sosial, saya risaukan mereka yang menulis puisi-puisi penentangan tetapi tidak sedar angin perubahan yang sedang berlaku, menjadikan penentangannya, menentang angin perubahan... Padahal, kita mahu meniup angin itu semakin kencang supaya segala debu minda dan jiwa dapat dibersihkan...
Begitu juga komen saya ke Berita Harian tentang drama "Melayu.com" dua tahun dulu... Kaji dulu apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam masyarakat, jangan pakai hentam tanpa pengetahuan... usah salah beri suara pada isu yang sebenarnya "tiada"...
Mudah-mudahan, ada gerakan kearah kesedaran, insyaAllah...
Sdr. Ahmad dan saya, kita tidak dikira penyair pejuang sosial... saya belum tentu mahu... pernah cuba... jadi lucu puisinya... ya, puisi sangat perlu keikhlasan
(Aha! Sdr. bagi saya idea untuk mencari puisi lama itu! )
Buat masa ini, saya kan kekal dengan puisi-puisi lantunan dalaman yang berbentuk falsafah
Tak tahu apa gerakfikirasa yang akan diGerakkan pada masahadapan
Wallahu'alam
Wassalam...
Ikhlas,
"guppy" kolam sastera Singapura
====================
Kbakti
reply
alhamdulillah.. atmosfera sastera di Spura perlu ramai lagi cendekia spt anda.. bila dah siap nanti kajian anda tentang.. perkembangan puisi prosaik di Spura.. bolehlah kami kongsi buat "penyucian minda"
setuju.. kekadang dlm keghairahan sang penyair yg ingin jadi pejuang sosial.. nilai estetik sesebuah puisi menjadi terkasima.. kekadang pula sebaliknya yg berlaku.. dlm kecintaan sang penyair yg "bermain" kekata.. nilai sosialnya pula menjadi haru-biru..
akhir kata.. forum ini tak pernah menemukan penghujungnya sejak dari zaman asas50 yg berpolemik antara "seni utk masyarakat" vs "seni utk seni"
sedang cendekia spt anda & lain2 merasakan eksistensi anda sbg "guppy" di kolam sastera Spura.. siapalah "musafir seni" spt saya.. sekadar fatamorgana yg sesekali muncul di dataran minda.. membawa khabar, sekilas fikir-rasa & renungan
seronok juga ya sesekali bernadwah dgn rakan cendekia begini.. wslm
=========================
Jahmujahadah
Salam,
Bagi saya, polemik itu sudah bertambah dengan "seni untuk Islam"
Saya sedang memerhatikan perkembangan diskusi mengenai "Persuratan Baru" menurut lensa Islam ini:
fikirasa.proboards45.com/index.cgi?board=bbs&action=display&thread=21
Banyak sekali yang boleh dikaji dan perlu dikaji...
Saya sedang memilih medan yang terbaik sekarang ni, insyaAllah, supaya ada manfa'at tertinggi buat ummah...
Saya hanya guppy biru-ungu kecil, main-main di kolam, memberi sedikit riak warna-warni...
Jauh sekali daripada menjadi cendekia
Minta izin untuk pautkan klip-klip ini di Forum Fikirasa
Wassalam...