Post by S.K CintaZeni on May 2, 2008 22:26:16 GMT 8
Salam,
kebetulan, terjumpa artikel ini yang disimpan dalam komputer riba mengenai topik yang sedang S.K fikirkan...
Ya, landasan bagi kebanyakan novel FT ialah 'ilmu tetapi beliau juga gemar kepada tema "cinta".
(Ma'af sekali lagi tuan, tak ingat mana dapat artikel ini... kalau jumpa forum ni, mohon ampunkan dunia akhirat...)
Cinta dalam kesenian Islam
FaisalTehrani
Thu | Mar 01, 07 | 06:47:28 AM
Seorang penyair muda yang baru d**ejutkan dengan kemenangan dalam sebuah sayembara bertanya kepada saya, "Apakah cinta bumbu penting dalam karya remaja?"
Saya ingin menjawab secara spontan, tetapi jawapan itu akan menjadi lebih mendalam, dan hanya akan menyesak dirinya yang baru mengenal permukaan seni dan budaya.
Jawapannya ya. Bahkan, cintalah sumber segala seni. Malah sumber kekuatan sesuatu karya.
Cinta amat sentral bukan sahaja dalam karya remaja, bahkan dewasa. Malah cinta amat berada di tengah-tengah untuk apa jua genre dalam urusan kebudayan dan kesenian Islam.
Kerana Islam mengajarkan cinta yang amat pusat. Dalam Islam, kesenian dan kebudayaan itu berpaksikan iman. Nah, apakah iman sejati itu? Apakah awtsaq 'urwat al-iman?
Rasulullah bersabda yang bermaksud: Iman yang sejati ialah mencintai semata-mata kerana Allah, membenci semata-mata kerana Allah, menjadikan kekasih Allah sebagai kekasihnya, dan membenci sesuatu yang dibenci-Nya.
Kerana itu kita tidak hairan, oneng Rasuullah s.a.w., Imam Jaafar as-Sadiq pernah memberitahu muridnya, Fudhail bin al-Yasar: Apalagi iman itu, kalau bukan cinta dan benci? O betapa cinta amat sentral dalam kehidupan, apatah lagi dalam kebudayaan dan kesenian. Jika kebudayaan dan kesenian Islam tentulah ia lebih-lebih munasabah.
Benarlah kata Imam Jaafar tersebut, marilah kita lihat kebencian dan kecintaan yang berdasar dalam hidup kita ini.
Begini, cinta paling asas dalam kesenian Islam itu, baik dalam apa jua karya, teater, puisi, cerpen, hikayat atau novel dan juga bermacam-macam lagi kerja seni lagi budaya, ialah kecintaan kepada Tuhan.
Tidak ada yang lebih layak diberikan kecintaan kerana Ilahi adalah sumber segala kecintaan. Dan ia tidak muncul direka-reka melainkan telah pun dituntut sejak Allah berfirman kepada Nabi Musa dan Nabi Daud, 'Cintailah Aku dan bimbinglah manusia untuk mencintai-Ku.'
Sehingga kecintaan lain daripada Allah mendapat teguran yang signifikan: Dan ada antara orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat kuat cintanya kepada Allah (al-Baqarah: 165).
Bagaimana kecintaan terhadap Tuhan itu terzahir? Tentu ia terserlah dan amat berhubungan dengan tingkatan kedua iaitu kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Tidak beralasan lagi kecintaan kita terhadap baginda Rasul dan keluarganya hingga kita menyebut-nyebut tentang mereka sepanjang masa dalam selawat kita, ini adalah kerana Nabi Muhammad s.a.w. adalah kekasih Allah.
Dalam hal ini cinta kepada Rasulullah akan membuatkan kita membela dan mempertahankan baginda dari semua sudut. Kita tak dapat menerima misalnya jika ada keceluparan terhadap baginda Rasulullah dan keluarganya oleh seorang artis. Tetapi mungkin sahaja dia seorang yang jahil dan kejahilan boleh dimaafkan dengan pelajaran. Tetapi bagaimana jika yang tidak jahil tetapi sengaja berlaku biadab?
Kebiadaban itu boleh sahaja daripada orang yang memang mahu memusuhi keunggulan akhlak baginda. Lebih-lebih lagi dalam tradisi sunni kita yang amat longgar, ada sahaja cara untuk memadam keunggulan Rasulullah s.a.w.
Satu contoh yang ketara ialah hadis yang menggambarkan Rasulullah s.a.w. mudah naik berahi. Kita mungkin sahaja meradang andai ada orientalis menghina Nabi Muhammad s.a.w. begini tetapi tidakkah kita akan berasa terpukul andai Sahih Muslim sendiri, dengan syarah an Nawawi, kitab an Nikah, bab Nadbu man Ra'a Imra'atan Fawaqa'at fi Nafsihi ila an Ya'ti Ahlahu Aw Jariyatahu Fayuwaqi'uha, bahagian 9 pecahan 177 dan 178 membawa hadis yang menceritakan kononnya, mengenai keadaan Nabi yang terpandang seorang perempuan cantik, berasa berahi, lalu pulang ke rumah isterinya Zainab yang kebetulan sedang bersolek.
(Ingat, kononnya:) Baginda pun menyetubuhinya, seraya melepaskan ghairah. Selepas selesai dan bersuci, baginda telah menemui sahabat dan bersabda, (sekali lagi: kononnya), 'Sesungguhnya wanita datang menghadap dengan bentuk setan dan berpaling dalam bentuk setan. Maka apabila seseorang daripada kalian memandangnya, hendaknya ia menggauli isterinya. Kerana sesungguhnya yang demikian dapat menolak yang ada dalam jiwanya."
Apa yang terdapat di atas bukan sahaja keceluparan tetapi suatu fitnah terhadap wanita yang disamatarafkan pula dengan setan. Tentulah bukan kesilapan Bukhari dan Muslim yang telah berjasa besar dalam pengumpulan hadis, melainkan adanya kecuaian atau kelonggaran penilaian.
Melihat hadis di atas maka tidak hairanlah kita melihat dalam tradisi sunni, kita menemui ramai tokoh feminis yang menentang Islam sedangkan Islam yang diturunkan itu ialah Islam yang bukan berintikan cinta.
Pada hal taraf dan kemuliaan wanita telah pun diiktiraf dan diangkat dengan ketibaan Islam. Dan kemuliaan itu disuburkan oleh cinta seperti yang terlihat pada peribadi anak kesayangan Nabi Muhammad s.a.w., Sayidatina Fatimah Az-Zahra. Di situlah pusat kemuliaan wanita dan bagaimana baginda menanam cinta dalam kehidupan perempuan seperti tercetus dalam tulisan Ali Syariati mengenai baginda.
Membaca hadis seperti ini tidak hairanlah Sisters In Islam marah atau Amina Wadud melakukan pemberontakan senyap kerana tradisi lemah yang diturunkan tidak pernah disangsi. Kita harus berhenti menyalahkan kelompok jahil jika kita yang tahu malahan berpura-pura mata terpejam.
Hal-hal di atas tentulah amat negatif dan bertentangan dengan kehendak Allah buat kekasihnya iaitu menjadi uswatun hasanah, justeru apa yang digambarkan dalam tradisi di atas amat serius dan harus segera diperbetulkan.
Hal selonggar ini boleh sahaja berlaku kerana kemunculan golongan al-Hasyawiyyah. Iaitu kumpulan yang menerima dan mempercayai semua hadis yang dibawa masuk ke dalam Islam oleh orang-orang munafik. Mereka mempercayai semua hadis yang dipautkan kepada Nabi Muhammad dan para sahabat baginda berdasarkan pengertian bahasa semata-mata, tanpa sebarang penilaian semula.
Bahkan kalau sesuatu hadis itu dipalsukan (tetapi orang yang memalsukannya berjaya dengan penuh helah memasukkan suatu rangkaian perawi yang baik), mereka akan tetap menerimanya tanpa mempedulikan sama ada teks hadis itu selari dan selaras dengan al-Qur'an.
Lojik misalnya tidak menjadi perkiraan. Kecenderungan fanatik, rigid dan menerima bulat-bulat begini tanpa berhujah, mudah terdapat pada kumpulan wahabi-salafi. Ini mendorong kemunculan kelompok yang ekstrim dalam masyarakat. Apatah lagi di sesetengah tempat di dunia, kumpulan ini amat menyukai populariti berbanding kebenaran.
Malah terdapat banyak lagi tradisi yang mencolok mata seperti ini, termasuklah hadis Rasulullah digambarkan kencing berdiri secara terbuka: Hadis Huzaifah r.a katanya (baca: kononnya): Aku berjalan bersama Nabi s.a.w. apabila kami sampai di suatu tempat pembuangan sampah orang ramai, baginda kencing sambil berdiri manakala aku pula beredar agak jauh dari situ. Setelah itu baginda bersabda: Kemarilah. Beliau pun menghampiri baginda. Baginda lalu berwuduk dengan menyapu atas sepasang khuf baginda.
Hadis yang termuat dalam bab khuf ini tentulah bertentangan dengan hadis yang d**emukakan oleh Sayidatina Aisyah yang lain pula: "Daripada Aisyah r.a. katanya:' Siapapun yang memberitahu kamu bahawa Rasulullah s.a.w. pernah kencing berdiri, maka janganlah membenarkannya (jangan mempercayainya)".
Hal-hal kecil seperti ini menunjukkan kelemahan tradisi kita yang harus diperiksa. Hal ini mungkin berlaku kerana longgarnya rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. dan ahlul bait sehingga kita 'terlepas pandang hal-hal kecil yang serius ini'. Jika kita betul-betul mencintai Allah, Rasulullah kemudian ahlul bait kesilapan begini mudah tak akan berlaku. Kita akan segera menghidu tradisi yang dibuat-buat untuk mengurangkan kelebihan Rasulullah s.a.w. Konspirasi terhadap kemuliaan Rasulullah juga akan dapat dibendung. Kita sudah bicara sedikit tentang keluarga Rasulullah di atas, siapakah mereka?
Tingkatan seterusnya ialah apabila kita mencintai Rasulullah s.a.w., baginda menuntut supaya diberi juga kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada keluarga baginda iaitu ahlul-bait.
Sekali lagi siapakah ahlul bait? Menurut isteri baginda Rasulullah s.a.w., ummul mukminin Aisyah, dalam Sahih Muslim, jilid. 7, halaman 130, Sayidatina Aisyah berkata, "Pada suatu pagi, Rasulullah s.a.w. keluar rumah menggunakan jubah (kisa) yang terbuat dari bulu 'domba'. Hasan a.s. datang dan kemudian beliau s.a.w. menempatkannya di bawah kisa tersebut. Kemudian Husain a.s. datang dan masuk ke dalamnya. Kemudian Fatimah a.s. ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w. di sana. Kemudian Ali a.s. datang dan Rasulullah s.a.w. mengajaknya di bawah kisa dan berkata, "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." (QS. Al-Ahzab 33).
Sementara dalam Sunan at-Turmudzi, Kitab al-Manâqib, Ummu Salamah mengutip bahwa Rasulullah s.a.w. menutupi Hasan, Husain, Ali dan Fatimah dengan kisa-nya, dan menyatakan, "Wahai Allah! Mereka ahlulbaitku dan yang terpilih. Hilangkan dosa dari mereka dan sucikanlah mereka!"
Ummu Salamah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w., wahai Rasul Allah! Apakah aku termasuk di dalamnya?" Beliau menjawab, "Engkau berada dalam kebaikan (tetapi tidak termasuk golongan mereka)." At-Turmudzi menulis di bawah hadis ini, "Hadis ini sahih dan bersanad baik, serta merupakan hadis terbaik yang pernah dikutip mengenai hal ini." Sehingga di dalam al-Quran terpancar secara jelas kecintaan kepada keluarga Rasul merupakan manifestasi rasa syukur kita akan risalah kenabian itu sendiri. Dalam al-Quran, kita dapati Allah berfirman: Katakanlah (Muhammad): 'Aku tidaklah meminta upah atas risalah yang aku bawa kecuali kecintaan kalian kepada sanak kerabatku. (as-Syura: 23)
Sebagai sunni dan pendukung mazhab Syafie jangan sampai kita malu mengangkat ahlul bait, kita di Malaysia dan alam Melayu amat mencintai ahlul bait sehinggakan kita harus menurut Imam Syafie yang meski dituduh sebagai pengikut Syiah sekalipun, tetap bertegas. Fitnah dan label itu tidak harus menjadi soal, Imam Syafie malah menegaskan: "Seandainya cinta kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dikira Rafidhah (pengikut syiah), maka saksikanlah wahai jin dan manusia bahawa aku seorang Rafidhah (pengikut syiah)" - Diwan Imam al-Syaf i, tahqiq Dr Abdul Mun' im al-Khofaji hal 89, lihat juga pada halaman 75,106,126)
Contoh yang dibawa oleh Imam Syafie iaitu kita tidak harus bimbang 'dilabel sesat' (oeh segelintir puak yang sesat) dalam mempertahankan kebenaran dan kecintaan ahlul-bait eloklah dijadikan teladan. Pedulikanlah golongan yang memusuhi ahlul bait demi kepentingan diri mereka sendiri. Selagi kita mencintai Allah, Rasulullah dan keluarganya, digelar seribu kali sesat sekalipun tidak harus menjadi kegusaran.
Moga-moga kita tidak mudah terpengaruh dengan kebencian golongan tertentu terhadap rasa cinta kita kepada ahlul bait.
Cinta sejati yang ditunjukkan oleh Islam harus dipancarkan dalam kesenian, dan kebudayaan. Hasil-hasil sastera yang mengangkat kecintaan harus dijana dan diteruskan. Kebencian yang tersembunyi seperti yang terlihat dalam kes di atas harus kita waspadai kerana kita tidak boleh menyalahkan kumpulan luar sahaja tetapi kita sendiri tidak dapat berlaku senonoh terhadap kekasih Allah.
Naskhah-naskhah dalam tradisi kita yang menunjukkan kurangnya rasa cinta kita atau boleh menimbulkan keraguan haruslah disemak semula segera. Ini mengingatkan saya semula kepada idea-idea besar Tun Mahathir Mohamad satu masa dahulu yang meminta kita tidak menerima sahaja bulat-bulat tradisi sunni melainkan melakukan semak balas.
Kerana seperti kata saya pada awal, cinta adalah sentral dalam kehidupan muslim. Bermula dengan cinta kepada Tuhan, turun kepada Rasulullah lantas merebak buat ahlul bait dan pendukungnya.
Apatah lagi jika cinta itu untuk seorang budayawan atau seniman, itulah rahsia kejayaan dan kecemerlangan seni Islam. Di situlah semangat untuk penyair muda tersebut, dia harus menggali dari situ, dan di situlah nanti dia akan bertemu!.