Post by S.K CintaZeni on Apr 17, 2008 8:54:51 GMT 8
Dari:
universitipts.com/index.php/site/comments/surat_pilihan_masjid_al_istifar/
S.K sedikit cemburu...Pagi ni nak turun jumpa diaorang, nak mintak join sekali! ;D
(Tapi, 'bang, Masjid al-IstiGHfar, lah... lol... )
Surat Pilihan: Masjid al-Istifar, Singapura
Salam dan yang semakna dengannya. Saya ingin berkongsi pengalaman...
Di atas dasar jemputan dan sekaligus untuk membawa stok buku "Biografi Muhammad" sebanyak 30 naskah yang dipesan oleh pihak Masjid Al-Istifar di Pasir Ris, Singapura, saya telah "terjebak", "terlibat", "termasuk" di dalam program sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung di masjid tersebut.
Majlis yang bermula seawal 8.00 pagi waktu Singapura membuatkan saya harus menyeberangi tambak Johor seawal pukul 6.00 pagi waktu Malaysia untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di Woodlands, itupun atas nasihat pemandu teksi yang ditanya semasa tiba di Johor Baharu jam 11.00 malam sabtu. Seawal 5.30 pagi sudah bergerak untuk ke Persada Johor untuk menaiki "teksi sapu" untuk ke seberang tambak.
Setelah menempuh kesesakan di Imigresen dan menempuhi pelbagai kerenah pihak berkuasa di sana, maka saya selamat sampai di pekarangan Masjid Al-Istifar jam 7.45 pagi dan kedatangan saya disambut dengan senyum mesra saudara seagama di sana. Mereka sungguh ramah dan memberi layanan yang amat "terbaik bagi" saya dan segera dibawa ke bilik khas untuk dijamu sarapan pagi dengan menu "Pau Boyan" dan "Mee Hon Singapura".
Tepat jam 8.00 pagi waktu Singapura, majlis pun bermula dan saya dijemput untuk menyertai majlis tersebut. Bermula dengan majlis bacaan ayat Al-Quran oleh remaja lelaki di kawasan itu dan disusuli dengan marhaban yang didendangkan oleh sekumpulan remaja lelaki yang lengkap berserban. Sungguh enak dan bersungguh-sungguh mereka melagukannya.
Majlis berikutnya adalah tazkirah dan doa dari Imam Eksekutif masjid tersebut dan disusuli dengan kedatangan tetamu jemputan mereka yang terdiri dari mantan guru-guru madrasah Aljunid yang amat terkenal di Singapura. Bayangkan, umpama upacara perjumpaan semula mantan-mantan tersebut iaitu jika digunakan ayat mudah guru punya guru punya guru punya guru yang hadir.
Antara tetamu yang hadir adalah mantan guru agama madrasah Aljunid yang amat terkenal di sana iaitu jika tidak silap namanya adalah Ahmad Sonjadi yang merupakan penterjemahan kitab Al-Quran yang pertama di Singapura, berasal dari Palembang yang mana beliau mula mengajar di madrasah tersebut seawal tahun 1925 (seperti yang diterangkankan oleh pengerusi majlis apabila diceritakan biodata seorang demi seorang mantan yang hadir), jadi bayangkan dan agaklah berapa umurnya, walaupun kelihatan uzur namun tetap gagah untuk hadir ke majlis seperti itu. Jika dikirakan kerusi yang disediakan untuk tetamu terhormat itu adalah lebih dari 24 buah kerusi, namun hanya 18 mantan yang hadir dan itupun sudah cukup ramai dan meriah.
Bermula jam 9.30 marhaban diteruskan dan jam 10.00 majlis bercukur jambul bayi yang baru lahir dilangsungkan dengan 10 orang bayi yang terlibat. Meriah terasa berada di situ. Lagi sekali saya kagum dengan masjid terbut kerana ianya amat moden dengan mempunyai layar putih di dalam dewan dan diluar dewan siap dengan projektornya sekali di setiap sudut dan itu tidak kira lagi dengn pemasangan televisyen di tempat-tempat strategik untuk orang yang di luar dewan untuk menikmati apa yang berlaku, dan apa yang dikagumi lagi ialah semasa acara dilangsungkan saya umpama melihat rancangan di televisyen sahaja di layar putih itu kerana setiap apa yang berlaku disiarkan terus ke layar putih dan segala cctv dan kamera seperti telah di tentukan untuk memberi set yang menarik untuk ditonton.
Setelah itu, acara lain bermula, iaitu tazkirah dan doa disampaikan oleh 18 mantan yang hadir pada majlis itu. Ini adalah pengalaman baru bagi saya iaitu mendengar tazkirah dari pagi hinggalah masuk waktu Zohor.
Selesai tazkirah, majlis makan tengah hari berlangsung dengan hidang istimewa "Nasi Beriani Singapura Masjid Al-Firdaus" yang mana Imam Eksekutif masjid tersebut dijemput untuk memasaknya. Hanya dengan memakan di dalam talam yang dikongsi 4 orang, jemputan dijemput menjamu selera tengah hari tersebut dan teringat saya waktu kanak-kanak kenduri orang Jawa yang terkenal dengan "Nasi Ambang" yang dikongsi 4 orang.
Selesai menjamu selera, Solat Zohor ditunaikan dan amat dibanggakan di mana jarang sekali untuk melihat dewan masjid penuh waktu sembahyang Zohor jika di kawasan Malaysia ini. Selesai majlis saya berkesempatan berbual dengan Pengurus Eksekutif Masjid tersebut iaitu En. Roslan.
Dari apa yang diceritakan, kerajaan Singapura hanya memperuntukkan tanah sahaja untuk didirikan masjid namun segala kos yang lain haruslah ditanggung oleh masyarakat Muslim di negara tersebut secara kutip derma. Kerajaan hanya membayar gaji kepada dua orang sahaja di dalam sesebuah masjid itu iaitu kepada Pengurus Eksekutif Masjid dan Imam Eksekutif Masjid yang dilantik oleh kerajaan secara kontrak dua tahun, majoriti Imam Eksekutif adalah muda belaka dan seawal 30-an.
Terdapat 69 buah masjid di dalam Singapura, namun Masjid Al-Istifar ini menduduki tangga yang teratas dalam senarai itu. Segala aktiviti berkenaan kemasyarakat dan keagamaan dijalankan di masjid tersebut dari pagi sampai ke malam. Dengan mempunyai tiga tingkat, masjid itu digunakan dengan sepenuhnya.
Satu lagi, apa yang saya kagum adalah kutipan derma yang dilakukan semasa solat Jumaat di masjid itu dapat mencecah lebih dari SGD9,000 - 12,000 seminggu dan dalam sebulan dianggarkan kutip boleh mencecah hingga ke SGD44,000. Dibandingkan dengan masjid lain di sana yang hanya dapat mengumpul hanya sekitar SGD800 seminggu. Hasil kutipan digunakan sepenuhnya untuk membayar gaji sukarelawan masjid dan segala kos penyelenggaran masjid.
Jika dilihat dari segi organisasi, masjid ini seumpama sebuah syarikat yang berusaha keras untuk membuat aktiviti amal untuk menambahkan pendapatan mereka.
Di atas dasar itu juga, pihak masjid menjemput pihak PTS untuk mengadakan bengkel penulisan kanak-kanak dan remaja di masjid berkenaan pada 24-25 Mei ini untuk mengisi tabung masjid tersebut dan segala kos ditanggung oleh pihak masjid tersebut dan ianya masih dalam perbicangan pihak Marketing PTS.
Di sini juga dapat dilihat para jemaah mengetepikan faham ideologi, tarikat, bangsa dan bersatu di dalam masjid tanpa mengira pemakaian ketayap, songkok, warna kulit dan sebagainya dan hidup sebagai Muslim. Kagum!!
Sekian sahaja coretan pengalaman di Singapura, dan maaf kerana tiba-tiba jari tidak mahu berhenti menekan papan "keyboard".
MOHD. NOR IKHRAM HANAFIAH (Pegawai Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS)