Post by S.K CintaZeni on Apr 5, 2008 11:01:13 GMT 8
cyBerita: Lelaman Internet Berita Harian Singapura.
Ekstra!
5.4.08
ULASAN BUKU
3 penulis muda mampu bercerita dan berpuisi
By Ismail Wardi
SELINGKAR KASIH
Karya: Hartini Haron, Zaleha Isnin, Ria Andrianna.
Penerbit: EDN Media Pte Ltd.
TAHNIAH diucapkan kepada ketiga-tiga penulis - Hartini Haron, Zaleha Isnin dan Ria Andrianna - kerana berjaya menghasilkan kumpulan cerpen dan puisi sulung mereka ini.
Sikap tabah serta gigih mereka beberapa tahun lalu akhirnya berjaya juga.
Menyusuri karya kreatif di dalam terbitan ini, kita dihidangkan dengan tujuh cerpen serta tiga puisi karya Zaleha Isnin yang pernah tersiar di akhbar Berita Minggu.
Juga sebuah cerpennya yang berjudul Rembulan Merah yang memenangi tempat kedua Sayembara Cerpen 2007 sempena Ulang Tahun ke-50 Berita Harian/Berita Minggu Singapura.
Hartini Haron pula menyumbangkan 14 puisi, sementara Ria Andrianna menyumbangkan empat cerpennya.
Ketiga-tiga penulis muda ini menunjukkan bakat penulisan masing-masing dalam pelbagai genre yang mereka minati. Mereka berbakat dan bersungguh- sungguh dalam berkarya. Tentunya, sebagai penulis muda, penghasilan buku ini cukup merangsang semangat mereka untuk terus berkarya atau menghasilkan buku seterusnya di masa- masa akan datang.
Mungkin secara perseorangan, mereka berupaya mencungkil soal kehidupan, kemanusiaan, alam dan perasaan menerusi cerpen dan puisi dengan penggunaan bahasa yang baik dan mudah difahami.
Namun, sebagaimana kata Dr Abdul Rahman Napiah, atau nama penanya Mana Sikana, Pensyarah Institut Pendidikan Nasional Singapura dalam kata pengantarnya di muka surat 22, '..untuk melahirkan karya yang bermutu ibarat orang belajar silat, banyak langkah perlu dipelajari, banyak ilmu perlu dicari; itu pun belum tentu digelar pendekar.'
Di dalam buku setebal 147 muka surat ini, saya dapati mereka mampu bercerita dan berpuisi.
Apa yang perlu dilakukan ialah mereka mendalami lagi teknik-teknik penceritaan dan penulisan serta persembahan. Juga bagaimana untuk menarik pembaca terus membaca karya- karya mereka hingga ke akhir, baik karya berbentuk cerpen mahupun puisi.
Tema yang pelbagai lagi segar juga perlu diterokai. Patut difikirkan juga, apakah kesan yang ditinggalkan oleh karya- karya itu kepada pembaca. Yang penting kita harus tahu apa itu cerpen dan apa itu puisi.
Dari segi penyusunan karya di dalam buku ini pula, saya dapati karya-karya setiap penulis tidak disusun menurut urutan penulis dan karya mereka.
Setiap karya penulis diselang-selikan antara satu dengan lain. Mungkin agaknya sebagai lambang keeratan persahabatan ketiga-tiga penulis ini yang tidak mahu dipisah-pisahkan, sesuai dengan tajuk buku, Selingkar Kasih.
Tetapi alangkah baiknya jika pemisahan antara setiap penulis dan karya dilakukan. Ini memudahkan pembaca mengikuti keupayaan setiap penulis dengan lebih mudah lagi.
Bagaimanapun sebagai langkah pertama, ini adalah kejayaan bagi Hartini, Zaleha dan Ria.
Syabas! Diharapkan langkah-langkah selanjutnya akan menyusul dan tidak sampai setakat ini sahaja.