Post by S.K CintaZeni on Apr 2, 2008 19:26:40 GMT 8
Salam,
tak tahulah mana jumpa ulasan ni... tapi, ianya mengandungi nasihat yang mudah untuk penyajak yang baru bertunas:
(maaf ye, tuanpunya artikel, juga FT sendiri... sekiranya menemukan, halalkan perkongsian nasihat ini )
===========================================
ULASAN UMUM FAISALTEHRANI MENGENAI PUISI:
TENTANG DEFINISI PUISI
Puisi adalah sesuatu yang subjektif dan boleh sahaja ditafsirkan dengan pelbagai pengertian. Istilah 'puisi' selalu sahaja dikaitkan dengan sesuatu yang indah, murni dan mempunyai rahsia yang sukar disingkapkan. Sebagai satu bentuk pengucapan yang begitu puitis, tentunya puisi sebagai satu genre berbeza dengan prosa. Selain menekankan idea menerusi citarasa luahan perasaan; ekspresi pernyataan puisi juga harus disampaikan dengan diksi yang tepat.
Puisi tidak perlu menggunakan diksi yang indah (tetapi jangan klise) serta, paling tidak ia menepati pengertian yang diberikan oleh William Wordsworth bahawa puisi ialah pengucapan yang imaginatif dari perasaan mendalam, sebolehnya berirama serta terluah secara spontan tentang perasaan yang memuncak yakni yang timbul dari daya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang.
Edgar Allan Poe mengatakan puisi itu ciptaan mengenai keindahan dalam bentuk berirama. Poe beranggapan citarasa adalah unsur yang paling diutamakan. Suara hati adalah sesuatu yang suci dan harus diutamakan dan jika kebetulan selari dengan budaya dan lingkungan intelek maka itu satu hal yang tidak disengajakan. Pengarang Pepohonan Ramadhan ternyata mahu bermain dengan keindahan bahasa, pengulangan atau dengan ritma tetapi ‘terlebih permainan’ boleh sahaja merosakkan keindahan yang diinginkan.
Kita boleh sahaja ‘melemparkan rasa’ tapi terkadang terasa juga ia berbau rintihan yang keterlaluan hingga puisi menjadi satu medan bahasa yang terasa mengkagetkan dan lebih berbentuk slogan yang mencemaskan. Ini telah saya omel dalam puisi Hanya Gerhana.
Meskipun puisi Hanya Sementara serasa bernada seruan dan rintihan yang melelahkan, pun ia masih menepati kehendak puisi. Ini dijelaskan oleh Matthew Arnord betapa puisi adalah satu kritikan tentang kehidupan tetapi harus diingatkan kritikan itu harus dilunasi oleh keindahan berbahasa dan kebenaran yang puitis. Sementara Theodore Watts-Dunton pula berpandangan puisi adalah satu pengucapan yang konkrit sekaligus artistik tentang fikiran manusia melalui penggunaan bahasa yang emosional dan berirama.
Pun saya kira tidak ada salahnya kerana menurut penyair Auden, puisi lebih merupakan pernyataan perasaan yang bercampur-baur.
H.B Jassin, tokoh terkenal sastera Indonesia pula berpendapat puisi adalah merupakan satu pengucapan perasaan yang di dalamnya mengandungi fikiran-fikiran dan tanggapan-tanggapan. Persoalan dalam puisi Hanya Sementara merupakan ikrar untuk mempertahankan maruah agama membuktikan kebenaran pengertian yang diberikan oleh H.B Jassin
Saya harus ingatkan di sini kehendak penyair legenda negara kita Usman Awang yang berpendapat puisi bukanlah nyanyian orang putus asa yang mencari ketenangan dan kepuasan dalam puisi yang ditulisnya. Tapi puisi ialah satu pernyataan sikap terhadap sesuatu atau salah satu atau keseluruhan kehidupan manusia.
KESEDERHANAAN DALAM PUISI
SECARA mudah bagaimanakah kita dapat mengucapkan sebuah puisi yang indah? Jawapannya tentu beragam, malah saya telah menyentuh pelbagai definisi puisi dalam kertas sebelum ini. Untuk menjawab soalan di atas saya teringat kata-kata watak seorang guru sastera kepada pelajar-pelajarnya dalam filem Dead Poets Society, ‘Puisi boleh menyentuh apa sahaja, hal-hal sederhana malahan tetapi yang menjadikan ia berbeza dari kata-kata harian ialah jangan jadikan ia sesuatu yang lazim’.
Boleh sederhana, juga ungkapan seharian tetapi jangan lazim? Bagaimanakah itu?
Ada dua hal yang akan menjadikan sesuatu yang sederhana itu tidak lagi lazim. Satu, berhati-hati dengan pemilihan kata-kata. Ia tidak semestinya berbunga-bunga. Kedua ialah memilih sudut pandang yang berbeza. Kepintaran pengarang menghubungkan dua entiti berbeza dengan satu subjek adalah salah satu elemennya.
Kesan estetetik sesuatu puisi boleh sahaja ditemui pada diksi yang sederhana, tanpa perlu berbunga dan meleret. Pengarang baru sering ghairah untuk bermain dengan kalimat yang besar, dan kadang kala kesasar. Penyair muda juga selalu menyangkakan lebih banyak manipulasi bahasa seperti yang terdengar dalam lirik-lirik lagu di radio maka lebih indah jadinya. Hal ini belum tentu benar kerana selain pemilihan kata yang beritma, getar emosi selalu diruntun oleh hal-hal sederhana dengan pemilihan kata yang juga sederhana tetapi diberi sudut pandang berbeza.
Kegagalan memberi makna kepada pilihan kata-kata, dan juga memberi sudut pandang yang baru terhadap sesuatu boleh mengakibatkan puisi menjadi hanya satu tempelan kata-kata slogan yang kosong dan bersemangat sahaja. Ini menyebabkan puisi-puisi yang d**emukakan di sini menjadi kaku, keras, di mana lontaran kata-kata biasa yang tidak dapat menangkap nurani.
Pun ini tidak harus menjadikan adik-adik lemah semangat kerana penyair tidak terbina dengan satu puisi malahan proses kepengarangan adalah proses yang panjang.