Post by S.K CintaZeni on Mar 17, 2008 20:27:17 GMT 8
Salam,
Setuju dengan bahagian terakhir...
Lompat ke bawah ke bahagian yang dihitamkan, jika tak sempat baca yang lain...
=============================
Berita Harian: 15Mac2008
CAKAP TV
ISY! 'OVER'?
'Pesta Pesta Pesta' menghiburkan tetapi disifatkan sesetengah pihak terlalu 'gila-gila'
Oleh
Hanim Mohd Saleh
APABILA menerima undangan menonton rancangan Pesta Pesta Pesta 2008 yang berlangsung Jumaat lalu, tujuan utama saya hanyalah satu: Untuk mendapatkan terapi mental.
Setelah penat bekerja sepanjang minggu, saya hanya mahukan hiburan dan ketawa sepuas hati, dan saya yakin, berdasarkan atur caranya serta siapa pengarahnya (siapa lagi kalau bukan Najip Ali), pasti matlamat itu tercapai.
Jelas, Pesta Pesta Pesta yang disiarkan secara langsung daripada Panggung Teater Mediacorp ke kaca TV Suria, amat menyeronokkan.
Terdetik di dalam hati, betapa geliga otak si Najip menghasilkan rancangan hiburan yang begitu kreatif dengan semua bakat tempatan yang menjayakannya cukup sporting, selamba dan menjadi diri sendiri di atas pentas dengan pakaian bertema sukan.
Namun di tengah-tengah keseronokan itu, seorang teman menerima kiriman SMS daripada penonton yang menyaksikan rancangan itu daripada rumah, melahirkan kekecewaannya kerana rancangan itu dianggapnya keterlaluan 'gila-gila'nya, menjatuhkan nilai prestij sesebuah anugerah.
Saya hadir ke rancangan itu tanpa beban memikirkan soal 11 kategori anugerah yang dipertandingkan antaranya termasuklah Artis Paling Laku (yang dimenangi Era Farida), Veteran Paling 'Maintain' (Rahimah Rahim), Penyanyi Paling Jiwang (Imran Ajmain) dan sebagainya.
Semua itu mungkin kerana saya tidak menganggapnya sebagai anugerah yang serius, sebaliknya satu pengiktirafahan 'suka-suka' sekadar memeriahkan industri hiburan yang sering dikatakan lesu dan sempit.
Bak kata Eddy Ali, pemenang Juri Paling Power, 'menang tak apa, tak menang pun tak apa.'
Kecuali untuk kategori Fans Paling Heboh (dimenangi Nuraini Jumat) yang wajar diiktiraf sebagai satu penghormatan untuk peminat, yang lain tidak harus dijadikan isu.
Biasanya, anugerah alternatif seperti ini diberi oleh media cetak sebagai sindiran untuk acara-acara anugerah yang secara logik dan objektif memberi perhatian kepada sumbangan-sumbangan bersifat positif dan di arus utama.
Maknanya, tiada piala diberikan dan tiada majlis dianjurkan.
Justeru, tanggapan bahawa Pesta Pesta Pesta menjatuhkan nilai sesebuah anugerah timbul apabila kategori alternatif yang disediakan, diberikan dalam suasana yang terlalu gila-gila, bahkan ada yang menganggapnya keterlaluan.
Penulis M. Saffri A. Manaff, ketika dihubungi, berkata dari segi konsep hiburan, rancangan itu cukup segar dan 'sesuai dengan cita rasa anak muda masa kini.'
Namun beliau mengakui agak terganggu apabila memikirkan aspek penganugerahan yang dirasakan 'tidak kena pada tempat.'
'Dari segi idea, saya tabik pada Najip kerana dia memang berani dan main sondol saja. Dia tidak kisah orang kata apa.
'Tetapi dalam hal-hal berkaitan dengan sesebuah penghormatan, kita kena tahu bagaimana meletakkannya.
'Saya sendiri akan berasa malu kalau dicalonkan dalam mana-mana kategori yang ada unsur untuk d**etawakan. Lebih baik jangan adakan anugerah, cukup berhibur saja dalam rancangan itu,' kata M. Saffri lagi.
Lain pula bagi Era Farida, yang jelas semakin mendapat perhatian, baik untuk anugerah serius Pesta Perdana mahupun anugerah alternatif yang dimenanginya, Hos Paling Kecoh.
'Saya tak kisah. Anugerah tetap satu pengiktirafan lebih-lebih lagi kalau peminat yang pilih.
'Masyarakat kita kena belajar untuk berseronok... janganlah asyik nak fikir perkara-perkara serius saja... stres beb,' selorohnya.
Eddy Ali pula menyifatkan anugerah itu seperti 'belati (pisau) bermata dua - yang ada positif dan ada negatifnya.'
Beliau, yang mengakui kurang selesa dengan pendekatan rancangan itu, mengakui hadirkan diri 'sebagai menghormati undangan penerbit kerana telah dicalonkan.'
Mengenai kemenangannya, Eddy berkata:
'Saya tak mahu berprasangka apaapa. Saya terima saja. Benar, saya tak selesa dan rasa janggal di atas pentas itu. Tetapi selera orang tak sama.'
Eddy, yang menegaskan tidak menentang rancangan itu, hanya mengharapkan pendekatan yang 'lebih dewasa' kerana beliau dapati 'kegilaan yang keterlaluan boleh menimbulkan banyak perkara jelik yang mungkin tidak disengajakan.'
'Tak perlu over untuk mencapai keseronokan,' ujarnya.
Benar juga kata Eddy. Walaupun secara keseluruhannya keadaan agak terkawal, ada satu pandangan jelik yang tidak seharusnya ada dalam rancangan itu - iaitu kemunculan para penari kanak-kanak yang dengan berpakaian seksi nampak ketiak dan perut dan menari dengan pergerakan yang agak erotik.
Apa pun alasan atau tujuan kanak-kanak perempuan itu d**etengahkan dengan tarian dan pakaian begitu rupa, ia memberi isyarat salah kepada penonton kanak-kanak khususnya, dan tidak harus berlaku dalam mana-mana saluran televisyen nasional tempatan.