|
Post by S.K CintaZeni on Feb 18, 2008 20:57:37 GMT 8
Anda diharapkan supaya melapor diri di sini sebelum mula menulis di Papan Utus Fikirasa jadi kami tahu siapa anda . Anda juga boleh memberikan sedikit pengenalan tentang diri anda, sekiranya mahu. Namaguna: S.K Cintazeni ;D Peminat Bahasa dan Sastera Pernah memenangi beberapa peraduan sajak dan cerpen termasuk Anugerah Pena Emas Cerpen dan sajak pernah diterbitkan oleh akhbar tempatan Sebuah cerpen dan sajak pernah dimuatkan di dalam antologi penulis muda Pernah menjadi editor bagi majalah kanak-kanak tiga bahasa dan editor bagi bahan pendidikan kanak-kanak (sebab masih keanak-anakan ) Pernah menjadi guru bahasa Zon Menulis: cintazeni.blogspot.com
|
|
|
Post by hermanmutiara on Feb 23, 2008 13:02:59 GMT 8
SSG Herman reporting for duty, Ma'am! Oklah, kita pun edit sikit profil kita... - Nama penuh: Nor Herman Bin Maryuti - (nama lebih penuh... Nor Herman Bin Maryuti Bin Kassan Kunawi bin Kariyo Bin Ghassanawi Bin.... cukuplah sampai sini ) - Nama guna: hermanmutiara - Lulusan Politeknik Ngee Ann (Grad. 2000, Diploma dalam bidang Filem, Bunyian & Video), Maktab Rendah Tampines (Grad. 1994) - Peminat Bahasa, Sastera dan Muzik yang membina - Pernah mengambil matapelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama di sekolah menengah - Tak pernah ambil bahagian dalam mana-mana peraduan penulisan - Sajak pernah diterbitkan di akhbar tempatan lebih 10 tahun dulu - Sajak pernah diterbitkan dalam antologi penulis muda lebih 10 tahun dulu - Pengalaman mengajar? Pernah jadi guru tuition untuk matapelajaran Matematik peringkat rendah dan menengah... - Sekarang bekerja sebagai ahli bomba di SCDF, berpangkat Staff Sargeant.
|
|
|
Post by alhaque on Feb 23, 2008 13:38:21 GMT 8
Nama penuh: Muhammad Khairool Haque Bin Abdul Kadir Nama pena: alhaque, Khair Alhaque
-Peminat bahasa dan sastera -Masih lagi menuntut di sekolah menengah, tahun terakhir -Pernah mendapat tempat kedua untuk Sayembara Cerpen Pelajar(peringkat menengah&posmenengah) anjuran ASAS 50 -Sajak dan cerpen pernah disiarkan di akhbar tempatan
Menulis di perahu-jiwa.blogspot.com
|
|
rk
New Member
Posts: 1
|
Post by rk on Apr 16, 2008 12:15:18 GMT 8
Tuk, tuk, tuk, Assalammualaikum Puan Saya melapor dengan profil diri
- Nama penuh: Rozana Binte Karim
- Nama guna : RK untuk singkatan Rozana Karim, Rosz (nama yang saya senangi dan d**enali di tempat kerja serta umum), Roza (nama panggilan keluarga)
- Lulusan O'Level & CIC
- Minat membaca perihal bahasa, sastera, motivasi diri, muzik juga berkenaan pemakanan dan kesihatan.
- Puisi dan madah pernah dilamar akhbar tempatan serta majalah di negara jiran lebih 10 tahun dahulu
|
|