Post by S.K CintaZeni on Mar 17, 2008 20:23:18 GMT 8
Ekstra! : 17 Mac 2008
BICARA SASTERA
MENULIS BUKAN KERANA NAMA
Oleh
Peter Augustine Goh
PERNAHKAH anda ditanya apakah sebab-sebabnya anda menulis karya-karya kreatif? Apakah kerana wang? Apakah kerana nama?
Tidak ada betul atau salah jawapan yang anda berikan. Ia amat subjektif. Namun, pada umumnya, sebagai penulis karya kreatif, tentulah kita mahukan sebab-sebab yang dapat diterima akal dan munasabah lagi murni.
Ada penulis menulis kerana banyak sebab dan antaranya adalah seperti berikut:
# Penulis adalah 'pemimpin' dalam kata erti sastera yang tersendiri.
Sebagai pemimpin, dia ingin mendedahkan antara yang benar dengan yang tidak benar, antara yang jujur dengan tidak jujur dan antara yang sihat dengan yang tidak sihat.
Maksudnya dia harus berani mengetengahkan isu-isu yang benar-benar dihadapi masyarakat tanpa menyembunyikan sesuatu yang bobrok dengan memberikannya secara tidak langsung semacam saranan demi memajukan masyarakat dan negara.
# Untuk meluahkan perasaan dalam jiwa.
Misalnya kita mendapati masih ada orang yang berwatak seperti si Tanggang atau Malin Kundang di zaman moden ini.
Kita ingin masyarakat tahu watak ini bukan dongeng lagi. Ia banyak terjadi dan watak seperti itu tidak wajar dijadikan contoh yang baik dan segala fiil buruknya harus dijauhi jika mahu selamat di dunia dan di akhirat.
# Menerusi karya yang dihasilkan, kita dapat memberi iktibar kepada masyarakat.
Iaitu yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Misalnya, kata-kata yang sering diucapkan oleh seorang ibu, terbukti makbul sejak dahulu kala dan menjadi semacam doa.
Oleh itu, sebagai ibu, dia ditegur supaya jangan ucapkan yang tidak sepatutnya diucapkan terhadap anak-anak meskipun dalam keadaan marah atau kecewa, kerana apa yang diucapkannya 'menjadi'.
Begitu juga kepada anak- anak yang dinasihati supaya jangan sesekali menderhaka kerana perbuatannya memakan diri.
# Karya sastera dapat membi- na minda dan mencernakan pemikiran masyarakat.
Contohnya, karya klasik Gulliver's Travels, karya Jonathan Swift, yang dihasilkan kira-kira lebih 250 tahun lalu.
Ia memaparkan mengenai watak utama, Gulliver, yang pada suatu masa menjadi manusia yang terbesar di negara bernama Lilliput.
Pada masa yang lain pula, watak utama itu menjadi manusia terkecil di negara bernama Brobdingnag. Cerita kembara adventure ini diilhamkan daripada revolusi perindustrian England beratus-ratus tahun lalu untuk memberitahu pembaca mengenai kedudukan England pada suatu masa dahulu sebagai negara yang maju dan kemudian mundur kerana kemerosotan ekonomi.
Cerita yang kaya dengan perlambangan dan tersirat maksud yang dalam ini membuat pembaca berfikir, lantas membina minda. Betapa orang akan memandang kita besar apabila kita kaya dan maju serta berpengaruh. Begitu juga sebaliknya.
Sudah menjadi lumrah dunia, di mana mereka yang berkedudukan tinggi disanjungi dan yang berdarjat rendah serta miskin diperlekehkan.
# Mahu membina konsep kreatif pada kehidupan seharian kita.
# Mahu mendorong manusia menjadi lebih peka pada keadaan dan suasana yang sentiasa bergolak.
# Menerusi karya sastera, ia dapat memperbaiki erti kehidupan manusia dan dapat ditemui unsur moral, keindahan hati nurani, keadilan, ketakwaan dan kebijaksanaan.
Anda harus memikirkan sendiri apakah sebenarnya sebab anda menulis. Dan apa pun sebabnya, yang utama ia adalah demi pembinaan manusia yang maju, bermoral dan berjati diri yang tinggi.