|
Post by S.K CintaZeni on Mar 2, 2008 17:32:57 GMT 8
Salam, setelah menonton beberapa adaptasi cerpen ke drama yang menyusul daripada Projek Cerpen kelmarin, beberapa pandangan S.K: 1. Dua, tiga drama pertama banyak kekurangannya sehingga ada yang menulis ke ruangan forum BH untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, alhamdulillah 2. Sejauh ini, dua drama yang menambat di hati: Pertama: Zan Misterio Kedua: Dompet 3. Kalaulah dapat membaca cerpen-cerpen tersebut, kan lagi bagus! Dan Suria harus mengadakan undian bagi drama Projek Cerpen terbaik! Drama "Satu Jam" juga, tidak kurang menariknya. Episod kedua memaparkan tentang seksualiti remaja dengan cara yang sangat halus. Dua remaja digambarkan sebagai mengalami semacam satu tekanan rakan-rakan untuk melanjutkan hubungan mereka ke tahap yang lebih lanjut, walaupun, mereka sebenarnya tak terfikir melakukannya. Rakan-rakan jadi dalang untuk menyuntik idea bahawa ianya sesuatu yang harus dilakukan kerana ia "norma" remaja Singapura. S.K tak pasti, jika perkara tersebut benar-benar berlaku di kalangan remaja di sekolah. Jika benar, wow! Remaja-remaja ini benar-benar memerlukan satu latihan intensif, "tasawwur" tsaqafi/tauhidi/islami! Wassalam.
|
|
|
Post by S.K CintaZeni on Jul 13, 2008 9:15:29 GMT 8
Salam,
Memandangkan ianya bersangkut paut dengan salah sebuah episod dalam "Satu Jam" mengenai seksualiti dan remaja.
=========================
BERITA HARIAN Singapura : 13 Julai 2008 JUMLAH KELAHIRAN BAYI LUAR NIKAH MELAYU CAPAI REKOD
Oleh Hisham Hasim
JUMLAH bayi Melayu yang dilahirkan di luar nikah tahun lalu mencapai paras rekod - 311 orang. Ini berbanding 248 bayi pada 2006; 240 pada 2005 dan 250 pada 2004.
Jumlah itu membentuk lebih separuh, iaitu 55.4 peratus, daripada 561 kelahiran di luar nikah di sini tahun lalu.
Sekitar 34.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kelahiran di luar nikah itu melibatkan remaja. Namun, kesemua kelahiran di luar nikah bayi Melayu itu melibatkan remaja.
Bilangan kelahiran di luar nikah remaja Cina berkurangan daripada 42 peratus kepada 27.3 peratus.
Perangkaan itu terdapat dalam laporan terkini Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2007 yang d**eluarkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).
Ia juga menunjukkan Melayu kekal membentuk jumlah terbesar di kalangan remaja bawah 19 tahun yang melahirkan anak tahun lalu.
Seramai 820 remaja bawah 19 tahun melahirkan anak tahun lalu, berbanding 838 tahun sebelumnya. Lebih separuh, iaitu 458 kelahiran, atau 55.8 peratus, adalah oleh remaja Melayu.
Kelahiran oleh remaja Cina sebanyak 231 (28.2 peratus), India 77 (9.4 peratus) dan kaum lain 54 (6.6 peratus).
'Dalam sedekad lalu, peratusan kelahiran remaja Melayu meningkat daripada 41.4 peratus kepada 55.8 peratus., sementara peratusan kelahiran remaja Cina berkurangan daripada 42.2 peratus pada 1998 kepada 28.2 peratus pada 2007,' kata laporan itu.
Secara keseluruhan, 39,490 kelahiran dicatatkan - bertambah 3.1 peratus daripada tahun sebelumnya.
Kaum Melayu kekal mencatatkan kadar kelahiran tertinggi sejak sedekad lalu, meskipun kadar tersebut berkurangan sejak 2000.
Tahun lalu, kaum Melayu mencatatkan kadar kelahiran tertinggi sebanyak 12.6 bagi setiap 1,000 penduduk, diikuti kaum India dengan kadar 11.9 bagi setiap 1,000 penduduk.
Namun kedua-dua kadar itu adalah yang paling rendah sejak 1998.
Kaum Cina mencatatkan kadar kelahiran paling rendah, iaitu 9.3 bagi setiap 1,000 penduduk. Namun, kadar itu bertambah sedikit daripada kadar tahun sebelumnya.
Daripada bayi yang dilahirkan tahun lalu, 25,390 (64.3 peratus) berbangsa Cina; 6,252 (15.8 peratus) berbangsa Melayu; 3,994 (10.1 peratus) berbangsa India, dan bakinya (9.8 peratus) adalah bangsa lain. ==========================
Apa tu, kempen mengarut lagi merepek dua, tiga tahun lepas tu? Apa tu? Katakan "Tidak" pada "Seks"? "Seks" tidak Seksi?"
Sekarang, dah ada bukti nyata.
Tak payah tunggu dua tiga tahun, di peringkat implementasi saja waktu itu, sudah terlihat ketidakberkesanannya. Buang duit masyarakat saja. Buang tenaga dan masa tak menentu. Mudah-mudahan, pihak berkuasa mengkaji akar masalah dari aspek makro/sosiologi dan menyelesaikannya dengan melihat empat dimensi kemanusiaan: fizikal, emosi, mental-intellektual, spiritual.
Jangan buang-buang duit begitu saja berkempen tanpa strategi implementasi yang baik. Sheeesssh...
Wassalam.
|
|
|
Post by S.K CintaZeni on Aug 17, 2008 23:27:05 GMT 8
Salam,
Hairan, malam tadi, drama-drama dari Sayembara cerpen, diulang tayang sekali lagi...
Bukan dari yang Projek Cerpen, kan?
Kenapa, eh? Projek Cerpen pun ada karya-karya yang kuat dan diadaptasi dengan baik sekali oleh para pengarah/penulis skrip berbakat Singapura. Kenapa tak d**etengahkan sekali lagi, agaknya?
Wassalam.
|
|