Post by S.K CintaZeni on Mar 2, 2008 15:43:54 GMT 8
CYBERITA -
Singapura: 2hb Mac 2008
SYOR CUBA HIDUPKAN KEMBALI INDUSTRI FILEM MELAYU
Oleh
Puad Ibrahim
PENERBIT filem Singapura telah digalak supaya meneroka peluang untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbitan filem Malaysia dan Indonesia bagi menghasilkan filem-filem Melayu.
Ini diharap dapat mengembalikan industri perfileman Melayu Singapura yang pernah dahulu mekar di sini pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an.
Berucap semasa bahas peruntukan Belanjawan bagi Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kesenian (Mica), menterinya, Dr Lee Boon Yang, berkata:
'Mica dan MDA (Penguasa Pembangunan Media) telah pun menggalak penerbit filem kita dan syarikat-syarikat penerbitan, seperti Raintree Pictures, supaya meneroka peluang untuk menerbitkan secara bersama dengan Malaysia dan Indonesia.
'Kami percaya ini adalah cara untuk membangunkan dan memajukan dan menerusi ini, mengembalikan industri Filem Melayu.'
Dr Lee berkata demikian sebagai respons terhadap gesaan Encik Zaqy Mohamed (GRC Hong Kah) supaya Singapura mencari jalan untuk membangunkan kembali industri filem Melayu di sini.
Encik Zaqy berkata, Singapura pernah menjadi pusat dunia perfileman Melayu dengan studio Jalan Ampas dan Cathay Keris menjadi jenama yang boleh dibanggakan.
Namun, kegemilangan industri tersebut kini hanya tinggal kenangan, bahkan sebaliknya Singapura banyak membeli filem-filem dari Malaysia dan Indonesia.
Bagaimanapun, Encik Zaqy akur Singapura mempunyai saiz pasaran yang kecil untuk mengembangkan industri tersebut sebagai sesuatu yang boleh membawa hasil secara komersil.
Bilangan bakat juga terlalu kecil untuk bersaing dengan Malaysia dan Indonesia, dan jika ada bakat dan pelabur pun mereka tidak mudah untuk menembusi pasaran negara jiran itu.
Namun, beliau percaya Singapura boleh menghidupkan kembali jenama tersebut kerana negara ini mempunyai prasarana yang baik.
'Mungkin satu cara untuk meluaskan industri perfileman Melayu kita ialah menerusi lebih banyak kerjasama, seperti 'produksi bersama' yang melibatkan bakat dua negara dan hasilnya boleh dipasarkan secara bersama,' kata Encik Zaqy.