Post by S.K CintaZeni on Mar 2, 2008 15:37:04 GMT 8
CYBERITA-
Ekstra! : 2 Mac 2008
PERTEMBUNGAN BUDAYA DALAM 'BICARA'
Oleh
Izad Omar
DENGAN pertuturan dan pergerakan yang penuh ekspresif, Bicara hasil tulisan Mohd Raman Daud yang diangkat Teater Artistik mampu meremangkan roma penonton.
Dengan tuturan dialog yang berkias dan pergerakan bak pemain wayang Cina, Bicara meratah isu semasa satu-persatu menerusi watak-watak Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi.
Perjuangan untuk membaik pulih akal masyarakat yang telah dirosak oleh pengaruh-pengaruh luar.
Melalui konsep wayang Cina yang dipersembahkan dalam bahasa Melayu dengan watak-watak legenda Melayu yang sukar dipisahkan, Teater Artistik cuba menyulam kepelbagaian etnik di dalam pementasan terbaru mereka ini.
Tiada perubahan atau pencerobohan naskhah yang dapat dilihat didalam mementaskan naskhah Raman Daud ini.
Bicara yang dihidupkan dengan mengikut kesesuaian pemain-pemainnya sendiri tampil bak bangsawan moden yang dicampuradukkan dengan konsep yang agak dramatik. Jarang dapat kita lihat permainan teater penuh ekspresi menguasai ruang.
Dengan pendekatan sedemikian, Bicara tampil seperti mana ia harus tampil jika dipentaskan 10 tahun dahulu tetapi kali ini dengan pelakon muda yang bertenaga.
Naskhah Raman Daud yang berkisar tentang pencerobohan minda, penguasaan jati diri dan kerosakan akhlak memang berat jika diteliti temanya.
Namun Teater Artistik yang diberikan kepercayaan untuk menghidupkan Bicara tampil mempersembahkan naskhah Raman Daud ini, cukup intipati artistik yang jarang dapat kita lihat di mana-mana persembahan.
Bicara yang menampilkan lima wira Melayu ini menggambarkan kemarahan Tuah yang gagal menerajui hidupnya sebagai lelaki beristeri serta Jebat yang terus-menerus menentang pencerobohan yang bakal berlaku.
Watak Tuah digambarkan sebagai seorang yang pemarah agak janggal jika diteliti isi dialognya.
Yusop Atan yang menerajui watak Tuah kurang menonjol dalam mempamerkan kejantanan sebenar Tuah.
Johari Saad yang memainkan watak Jebat bagaimanapun menampakkan kematangan di dalam permainan pentas yang agak asing baginya beberapa tahun lepas.
Setelah lebih sedekad melihat perubahan demi perubahan yang dilalui kumpulan teater Singapura, Teater Artistik nampaknya masih gah dengan corak pementasan mereka.
Mereka tetap akur dengan kepercayaan bahawa teater itu luas dan merangkumi segala aspek.
Amat indah sekali tatkala menonton Bicara setelah sekian lama dipersembahkan dengan pementasan yang bercorak agak kontemporari.
Dengan kesan bunyi yang menarik serta penguasaan lampu yang agak teratur, Bicara mampu merencam jiwa penonton yang rindu akan konsep lama yang diperbaharui.