Post by S.K CintaZeni on Feb 23, 2008 22:57:03 GMT 8
Berita Harian, 23.02.08
Salam,
not sure I agree with this guy...
Wassalam...
DRAMA DI TV DAN REALITI HIDUP
SAYA ingin merujuk pendapat dua pembaca, Hajah Aisah Jaffar (BH, 25 Januari) dan Cik Yoyoh Rahmatul Ummah (BH, 16 Februari) mengenai penyiaran drama-drama di televisyen yang dikatakan tidak memberi manfaat kepada masyarakat Melayu/Islam di sini.
Saya amat prihatin dengan apa yang d**etengahkan mereka dan turut berasakan kebimbangan mereka.
Namun, usahlah terus menuding jari kepada pihak tertentu kerana gagal melaksanakan sesuatu matlamat dengan berkesan.
Saban hari, kita terbaca laporan-laporan yang kurang menyenangkan baik di ruang maya mahupun di dada akhbar dan bagaimana pula pihak-pihak tertentu berusaha gigih untuk membaiki nilai moral masyarakat Melayu/Islam di sini.
Pada pendapat saya, tanggungjawab menangani masalah sosial ini bukan hanya terletak di pundak mereka tetapi juga kita semua mesti memainkan peranan agar masalah ini dapat dikawal.
Hakikatnya, perubahan yang diharapkan tidak akan berlaku dalam sekelip mata walaupun dengan usaha gigih.
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.
Sementara itu, paparan drama yang ditayangkan di saluran Suria tidak harus dijadikan mangsa cemuhan kerana ia bukanlah punca utama masalah sosial kita. Usahlah cepat membuat andaian serta menyalahkan saluran Suria sahaja.
Sebaliknya, didikan dan bimbingan ibu bapa kepada anak-anak itulah yang harus dijadikan sandaran. Kita dianugerahkan akal dan kebijaksanaan untuk membuat penilaian.
Seandainya program yang disaksikan itu menggambarkan sesuatu yang positif, kita ambil sebagai pengajaran dan kongsi bersama anggota keluarga lain.
Seandainya ada yang bersifat negatif, janganlah cepat melatah. Kita fikirkan perkara itu dan jadikannya iktibar yang boleh dijauhi atau dielak.
Tambahan, kita tidak perlu menonton televisyen untuk melihat perkara atau sesuatu yang negatif.
Cuba lihat sekeliling kita... pasti ada banyak perkara sumbang tetapi itulah hakikat kehidupan hari ini.
Malah, ada yang telah lama terpahat di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.
Jadi apa penyelesaiannya? Tepuk dada tanya iman.
Norman Omar