Post by S.K CintaZeni on Feb 23, 2008 10:18:50 GMT 8
dari akhbar Berita Harian 21.2.2008:
Komentar
PADA HEMAT SAYA
Melengkapi seniman Melayu kita hadapi saingan
By Mohd Raman Daud
SEWAKTU bersembang kecil dengan Ketua Pegawai Eksekutif Compass (Persatuan Penulis dan Penggubah Muzik Singapura), Dr Edmund Lum, di majlis Perkamus (Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura), Sabtu lalu, saya tertusuk oleh suatu pendedahan.
'Anak Melayu memang berbakat muzik, jauh lebih baik daripada kaum-kaum lain di Singapura. Cuma mereka kekurangan ilmu, setidak-tidaknya harus tahu baca nota dan tulis skor muzik, serta kurang arif niaga,' kata bekas pentadbir daripada Kementerian Pendidikan dan kini diakui pula di bidang muzik.
Perkamus yang d**etuai Cikgu Mohd Noor Mohd Yusofe atau Yusnor Ef (nama pena anugerah Seniman Besar P. Ramlee) memang bermatlamat membela taraf karyawan muzik Melayu iaitu pemuzik, penggubah, penulis lirik dan penyanyi dan sesiapa jua yang terlibat dalam bidang ini.
Encik Yusnor meminta bantuan saya dalam awal 1990 untuk melakarkan penubuhan Perkamus. Akhirnya doanya makbul pada 1992 apabila Perkamus didaftarkan dengan sokongan anggota pengasas seperti Bani Farook (almarhum), Ramli Sarip, Othman Hamzah, Hartinah Ahmad dan sebagainya.
Memang pada mulanya ia mengadakan kelas ilmu iaitu baca nota muzik dan vokal. Sambutan awalnya baik. Sayang, ia tidak bertahan lama kerana menganjurkan kelas memang memerlukan kesabaran.
Sesungguhnya, ilmu merupakan pembeza manusia. Kekata pertama Al-Quran menyeru kita membaca. Yang pertama dan utama Allah swt ajarkan kepada insan awal, Nabi Adam as, ialah asma atau nama segala benda dan proses.
Kita kini berada di pasca Ekonomi Berteraskan Ilmu (KBE). Saya masih ingat konvensyen KBE, 1999 - Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam ketika itu, Encik Abdullah Tarmugi, menyeru penggarapan ilmu dengan gigih. Tetapi sehingga kini belum ada kajian mengenai kesan konvensyen itu.
Maklumat bukan bermakna ilmu selagi kita tidak sampai kepada maknanya dan arif memanfaatkannya.
Singapura pernah menjadi pusat cendekiawan Melayu dalam bidang ilmu, percetakan, perfileman, muzik dan gerakan kesedaran antara 1850 hingga awal 1960-an.
Ini kerana Singapura merupakan satu-satunya ekonomi pasaran terbuka di rantau ini dalam tempoh itu. Senang berniaga, karang cerita dan lagu di kota pelabuhan yang makmur ini.
Senario ini sukar dijelmakan di Kuala Lumpur atau Batavia (nama lama Jakarta). Bahkan cendekiawan yang lari daripada aniaya istana atau penjajahan, akan berhimpun di sini.
Sesudah merdeka, Kuala Lumpur dan Jakarta meraih kekuatan masing-masing kerana pasarannya lebih besar. Sebaliknya Singapura kehilangan bakat, termasuk penulis, bintang filem dan golongan muzik, akibat penghijrahan keluar.
Mujurlah Singapura dapat mereka semula (reinventing) keunggulannya. Kita punya peta seni hari muka - Kota Kebangkitan Seni di Tropika. Kita punyai prasarana bertaraf dunia seperti Esplanade di Pesisiran, sekolah seni dan sebagainya. Tetapi di mana seniman Melayu?
Bagi penyanyi Melayu, peluangnya apabila Suria mengadakan adu bakat. Selepas itu, ke mana penyanyi tadi?
Di majlis Perkamus Sabtu lalu di The Arts House, barulah saya tahu Akmal, juara Anugerah 2004, dan Azizah yang pernah mengikuti kelas muzik Perkamus dan kini artis rakaman.
Ada orang menyatakan kebanyakan penyanyi tempatan hanyalah bintang karaoke atau jemputan kahwin. Entah betul atau tidak.
Namun saya pernah bertemu ibu bapa Melayu yang sanggup memajak barang kemas supaya anaknya baik dalam muzik, menang dalam adu bakat atau merakamkan cakera padat.
Kini Cikgu Yusnor, penulis seni kata veteran dan penerbit televisyen, cari makan di Kuala Lumpur. Dengan ihsan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, beliau baru saja melancarkan kompilasi sepertiga liriknya dan buku riwayat hidup pengaryaannya.
Mencari rezeki di KL sudah menjadi penakatan berduyun-duyun seniman kita termasuk M. Nasir dan baru-baru ini R. Ismail, biduan Melayu asli.
Saya masih ingat Nasir yang baru mencuba bidang muzik dan lakonan di SBC (pengawal Mediacorp). Pada 1981, saya syorkan beliau menggubah lagu tema siri 14 episod drama TV, Dedaun Masa. Saya tunjukkan seni kata karangan saya. Entah macam, beliau mula berdengung dan lantas mengeluarkan perakam kaset.
Saya pelik. Rupa-rupanya, M. Nasir ada 'feeling' (rasa) muzik - senang saja menemukan melodi atau irama lagu. Biasanya rakaman dengung tadi diberikan kepada penyusun muzik untuk diterjemah menjadi nota muzik.
Nasir mendapat latihan sebagai pelukis di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) dan tidak terlatih dalam bidang muzik. Penglibatannya dalam muzik berlaku secara kebetulan.
Hari ini, M. Nasir digelar 'sifu' atau adiguru dalam dunia muzik Melayu Malaysia. Tentulah beliau sudah arif membaca dan menyusun nota muzik.
Namun menurut Cikgu Yusnor dan orang lama muzik Melayu, masih ramai lagi yang dicap 'penggubah' tetapi tidak celik nota muzik.
Ilmu ialah kunci hari muka. Dengan ilmu, kita membina peribadi kukuh sebagai orang yang wajar dihormati.
Akhbar ini sudah menganugerahi para seniman termasuk penggubah, Iskandar Mirza Ismail, yang ibunya Nona Asiah dan ayahnya almarhum Ismail Kassim (dua penyanyi terkenal zaman silam), yang bertungkus lumus menyekolahkannya sampai ke Berklee, Amerika Syarikat. Gubahan Iskandar sudah tersohor ke Taiwan.
Sememangnya muzik itu bahasa dunia. Lebih mengunggulkan lagi ialah liriknya. Dalam ucapannya, Dr Edmund Lum menceritakan sebuah lagu Cina, Seribu Tahun, yang dialih ke bahasa Melayu, dan 'meletup' di carta muzik kita.
Kini, selain Compass yang membela karyawan muzik, terdapat agensi pemerintah seperti Majlis Seni Kebangsaan dengan pelbagai geran untuk memajukan kesenimanan. Perkamus perlu merebutnya.
Namun melihat tubuh kurus Cikgu Yusnor 'terhoyong-hayang' (dek lanjut usia dan sering uzur) menjinjing beg ke sana ke mari demi memastikan kesinambungan Perkamus, saya insaf - betapa sukar menghimpun para seniman muzik tanah air. Mereka belum lagi sampai ke taraf profesional di Barat yang gigih bersatu dan meningkat prestasi mereka.
Pokoknya, Perkamus jangan patah semangat. Difahamkan Angkatan Karyawan Islam (AMP) kini sanggup mengambil pendekatan berbeza dengan Yayasan Mendaki iaitu mengenal pasti bakat anak Melayu, termasuk bidang seni dan sukan.
Alangkah baik Perkamus dapat berganding dengan AMP membantu anak Melayu yang 'feeling' memetik gitar di kolong flat atau 'jamming' (berlatih muzik di studio). Amalan asal suka itu perlu digilap agar kita mempunyai lebih ramai Iskandar Mirza.