Post by S.K CintaZeni on Feb 23, 2008 9:54:27 GMT 8
Berita Harian Singapura : 23 Februari 2008
cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,113448,00.html?
ASAS 50 MAHU TINGKATKAN TAHAP KARYA SASTERA
Yayasan APB beri sokongan $30,000 setahun bagi tiga tahun
Oleh
Farid Hamzah
ANGKATAN Sasterawan '50 (Asas 50) akan mengambil langkah tiga serangkai dalam usaha meningkatkan tahap karya sastera dan memperbaiki pengajaran serta program pendekatan pada masa depan.
Ketiga-tiga langkah itu ialah:
# Program Terapi-Biblio, yang akan disasarkan kepada belia berisiko;
# Program Penyair Kawasan Perumahan, bagi pelajar sekolah dan maktab rendah; dan
# penubuhan Kelab Inovasi Kesenian Kesusasteraan, berasaskan ruang siber untuk masyarakat umum.
Semua program tersebut mendapat sokongan Yayasan Asia Pacific Breweries (APB) yang akan menyumbang $30,000 setahun selama tiga tahun akan datang.
Penyampaian cek diadakan Rabu lalu.
Ia diadakan sempena satu majlis pelancaran Program Inspirasi Yayasan APB.
Di majlis itu, Pengarah Serantau APB, Encik Huang Hong Peng, telah menyampaikan hong bao bernilai $450,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Encik Lee Suan Hiang.
Dana tersebut menandakan sumbangan tiga tahun di bawah program itu dan akan diagih menerusi NAC kepada lima penerima badan kesenian yang diambil sebagai anak angkat.
Salah satu daripadanya ialah Asas 50.
Empat penerima lain ialah satu kumpulan tarian India, Apsaras Arts; sebuah orkestra Cina, Ding Xiaoyan Ruan Ensemble; satu kumpulan teater baru, Cake Theatrical Productions; dan satu kumpulan visual seni, Sculpture Society (Singapore).
Semasa dihubungi, Timbalan Presiden Asas 50, Encik Mohd Pitchay Gani, berkata ketiga-tiga inisiatif itu akan berlangsung sepanjang tiga tahun mulai tahun ini.
'Semua ini merupakan sebahagian daripada usaha kami menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan sastera Melayu Singapura,' katanya lagi.
Di bawah Program Terapi-Biblio, pertubuhan itu berharap ia dapat menjadi kaedah alternatif dalam menangani remaja berisiko.
Menurut Encik Pitchay, pihaknya akan bekerjasama dengan rumah-rumah kebajikan setempat untuk mengenal pasti sekitar 100 remaja berisiko.
'Di bawah program ini, mereka akan dilatih untuk menulis cerpen,' katanya lagi.
Bagi Program Penyair Kawasan Perumahan pula, para pelajar di peringkat sekolah menengah atasan dan maktab rendah akan diundang menyertai bengkel-bengkel syair selain daripada diajar menyampaikan syair.
Asas 50 juga akan menubuhkan sebuah kelab siber yang akan cuba memupuk minat dalam bidang seni kesusasteraan di Singapura.