Post by S.K CintaZeni on Mar 2, 2008 20:38:48 GMT 8
CYBERITA-
KOMENTAR - 2.3.08
MENGAPA ANAK-ANAK KITA PERLU KE TADIKA
Oleh
Mohd Khairunan Ali
SISTEM pendidikan Singapura merupakan sistem yang banyak menunjukkan kejayaan. Banyak ukur tara yang digunakan untuk membuktikan kejayaan ini, termasuk pencapaian yang baik oleh murid-murid kita dalam pertandingan-pertandingan akademik antarabangsa dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.
Lulusan sekolah-sekolah di Singapura, baik warga tempatan mahupun pelajar-pelajar asing, tidak akan mempunyai masalah mengikuti pelajaran di universiti-universiti di luar negara. Peranan sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab rendah adalah penting untuk pencapaian ini.
Setiap peringkat persekolahan memainkan peranan penting untuk pencapaian ini. Murid-murid sekolah rendah diberi asas yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan di sekolah menengah. Ini termasuk cara bagaimana mereka mendapatkan pendedahan yang mencukupi untuk membolehkan mereka berupaya mempunyai asas yang kukuh dalam Matematik, Bahasa Inggeris dan Ibunda serta Sains.
Di sekolah menengah pula, kesemua keupayaan ini dipertingkatkan untuk membolehkan murid-murid mempunyai keyakinan diri untuk mengembangkan asas-asas yang dipupuk di sekolah rendah.
Namun, apa yang tidak kita sedari ialah kesemua perkembangan pembelajaran ini tidak akan mudah diperolehi sekiranya murid-murid itu tidak terdedah dengan nilai- nilai pembelajaran sejak sebelum mereka memasuki sekolah rendah. Lebih tepat lagi ialah peri pentingnya pendedahan kepada dunia pembelajaran sejak di tadika lagi.
Semasa belajar di peringkat prasekolah selama dua ataupun tiga tahun, murid- murid cilik ini akan terdedah kepada konsep-konsep yang penting untuk memudahkan mereka mengembangkan keupayaan dalam mata pelajaran Matematik, menulis dan membaca.
Mereka juga akan dilatih bagaimana mengemukakan soalan ataupun budaya bertanya. Ini perlu kerana dengan cara demikian, ini akan menyebabkan mereka mempunyai keazaman untuk ingin mengetahui lebih lanjut. Ini merupakan satu ciri penting untuk maju dalam pelajaran.
Ada juga yang mendapat pendedahan untuk menjadikan mereka lebih kreatif dengan mata pelajaran seperti Lukisan ataupun permainan- permainan yang menggunakan alat-alat yang direka khas untuk peringkat ini.
Jelaslah matlamat utama pendidikan prasekolah ialah memberi pendedahan permulaan dan bukannya belajar apa yang akan diajar dalam darjah satu nanti.
Ini juga menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah ini adalah penting untuk semua murid. Jika terdapat murid-murid yang tidak boleh mencapai keupayaan yang sewajarnya, bolehlah ibu bapa mencari jalan lain untuk membantu anaknya itu.
Umpamanya ada anak yang lambat bertutur dengan baik. Jadi bolehlah ibu bapa merujuk anak mereka kepada pakar-pakar yang dapat membantu mengembangkan keupayaan kanak-kanak itu bertutur.
Sungguhpun kita semua jelas dengan peri pentingnya pendidikan prasekolah ini, masih ada ramai lagi yang tidak menghantar anak mereka untuk mendapatkan pendidikan di tadika.
Tahun lalu, ada seramai 5 peratus daripada murid-murid yang sepatutnya memasuki darjah satu yang tidak mendapat pendidikan prasekolah. Bersebab daripada undang-undang yang memestikan murid-murid mendapatkan pendidikan atau pendidikan wajib (CE), murid-murid ini dapat d**esan apabila mereka mendaftar untuk memasuki darjah satu.
Langkah-langkah diambil untuk membantu mereka menerima pendidikan prasekolah sekalipun masanya adalah singkat. Murid-murid seperti ini juga diberi bantuan oleh sekolah-sekolah rendah untuk mengikuti kursus singkat dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Bacaan.
Mengapakah anak-anak ini tidak menerima pendidikan prasekolah?
Banyak sebab yang boleh diberi mengapa perkara ini berlaku. Ada yang bersebab daripada masalah kewangan dan ada juga daripada latarbelakang keluarga yang dhaif mengenai peri pentingnya pendidikan.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan, ada badan-badan yang boleh memberi bantuan. Tetapi yang menjadi masalah ialah ada yang menganggap bahawa pendidikan prasekolah ini tidak perlu.
Namun, ada juga yang merasakan bahawa pendidikan prasekolah tidak perlu bagi anaknya. Beberapa tahun lalu, sebelum adanya CE, seorang kenalan menyatakan bahawa isterinya berhenti kerja kerana hendak menumpukan perhatian kepada penjagaan anaknya yang akan masuk darjah satu.
Isterinya mempunyai keupayaan mengajar membaca, mengira dan lain-lain perkara yang boleh membantu mempersiap anaknya mengikuti pembelajaran darjah satu dengan baik. Isterinya juga meneliti kurikulum bagi darjah satu dan agak faham benar keperluan darjah satu.
Pendek kata, perkakas pengajarannya agak canggih dan setanding dengan apa yang terdapat di tadika antarabangsa. Memang benar anaknya boleh membaca dan mengira dengan baik. Anaknya juga dapat bertutur bahasa Inggeris dengan lancar.
Masalahnya mula timbul semasa dia memasuki darjah satu. Anaknya ini menghadapi kesukaran bergaul dengan teman-teman yang lain. Setiap hari ada sahaja masalah pergaulan dengan teman-teman sedarjah.
Apa yang jelas ialah anaknya memang pintar membaca, mengira dan menulis tetapi dia tidak belajar bergaul dengan orang-orang lain selain daripada keluarganya. Pergaulan juga merupakan salah satu hasil pendidikan prasekolah.
Ini bermaksud murid-murid akan belajar bagaimana bekerja secara berpasukan, berbual dengan teman-teman, menghormati teman-teman ataupun bagaimana berinteraksi dengan orang lain.
Beberapa minggu yang lalu, ada dilaporkan dalam akhbar berbahasa Inggeris tentang bagaimana ibu bapa membelanjakan sebanyak $1,600 daripada pendapat mereka sebanyak $7,000 sebulan untuk menghantar dua anak mereka ke sebuah tadika persendirian.
Mereka sanggup berbelanja dengan banyak demi untuk masa depan anak mereka. Mereka juga menyatakan bahawa mereka akan kurangkan perbelanjaan untuk perkara-perkara lain asalkan anak mereka dapat kekal belajar di sekolah tersebut.
Bandingkan perbelanjaan ini dengan yuran untuk ke tadika yang diselenggara oleh Yayasan Masyarakat PAP (PCF) yang kita semua kenali sebagai tadika PAP. Di sini yurannya sekitar $100 sebulan.
Apa yang penting ialah kita tidak semestinya menghantar anak kita ke tadika yang mahal. Ini bergantung pada keupayaan kita dan apa yang kita perlukan untuk anak kita. Perkara yang mustahak ialah pendidikan prasekolah itu perlu dan penting.
Pendidikan ini penting bukan sahaja untuk menanamkan asas dalam membaca, mengira dan bertutur, malahan ia juga penting kerana ia akan membantu anak-anak menyesuaikan diri dengan teman-teman sedarjah.
Pengalaman guru-guru di darjah satu menunjukkan bahawa murid-murid mereka yang tidak mendapat pendidikan prasekolah bukan sahaja terkial-kial untuk belajar, malah akan berasa kekok menyesuaikan diri dalam darjah.
Ini juga merupakan sebab mengapa ramai di antara murid-murid yang tidak mendapat pendidikan prasekolah ini akan ketinggalan dalam darjah.
Apabila mereka tidak boleh membuat tugasan, kepercayaan diri sendiri mulai tergugat. Ini adalah salah sebab mereka akan terus lembab dalam perkembangan pembelajaran mereka.
Penulis ialah mantan pengetua sekolah.