Post by S.K CintaZeni on Feb 20, 2008 17:50:54 GMT 8
Ditukil dari:
cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,113197,00.html?
PELAJAR SALAH ANGGAP
Seorang dari setiap 5 murid merokok dan sebahagian mula sejak usia 12 tahun
'Merokok tidak membahayakan kesihatan saya.'
JIKA anda agak terperanjat mendengar kenyataan demikian daripada seseorang, ia dijangka lebih mengejutkan jika pengakuan itu datang daripada seorang pelajar belasan tahun.
Dapatan demikian diperolehi daripada Kajian Kesihatan Pelajar yang pertama kali dijalankan oleh Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) pada 2006 lalu.
Hasil kajian tersebut menunjukkan seorang daripada setiap lima orang pelajar menengah bersetuju dengan kenyataan bahawa merokok tidak membahayakan kesihatan mereka.
Hampir seorang daripada setiap lima pelajar pula mengaku mereka pernah cuba merokok, dengan sebahagiannya bermula daripada usia 12 tahun.
HPB, dalam kenyataannya, bagaimanapun akur bahawa para pelajar tersebut membuat kenyataan itu mungkin kerana mereka tidak begitu prihatin tentang kesan merokok ke atas kesihatan mereka.
Namun, hakikatnya, merokok menjejas bahagian yang paling besar di tubuh manusia iaitu kulit mereka dan ini merangkumi kulit muka yang boleh kelihatan lebih tua gara-gara merokok - sesuatu yang ramai remaja tidak mahu alami.
Kajian itu adalah kajian peringkat nasional pertama yang diadakan dan merangkumi juga soalan mengenai sikap pelajar remaja terhadap seks, pemakanan dan senaman.
Dari segi merokok, kajian itu dapati bilangan mereka yang pernah cuba merokok telah merosot daripada 26 peratus dalam 2000 kepada 19 peratus dalam 2006.
Bagaimanapun, kadar mereka yang merokok setiap hari tidak berubah daripada tempoh itu iaitu 2 peratus.
Keadaan sekeliling juga mempengaruhi sikap remaja terhadap merokok. Di kalangan mereka yang merokok, 95 peratus didapati mempunyai ibu bapa, adik-beradik atau kawan yang merokok.
Kajian itu juga mendedahkan beberapa tanggapan salah para pelajar mengenai merokok.
Misalnya, 71 peratus menganggap mereka boleh berhenti merokok pada bila-bila masa sahaja mereka mahu, berbanding dengan 65 peratus bukan perokok yang beranggapan demikian. Hakikatnya, berhenti merokok tidak begitu mudah dan adalah satu cabaran jika seseorang sudah ketagih.
Mengenai kesan merokok terhadap kesihatan, ada yang masih menganggap merokok tidak menjejas kesihatan. Ini yang agak mengejutkan.
Seramai 19 peratus beranggapan demikian, berbanding dengan hanya 6 peratus bukan perokok yang percaya merokok tidak membahayakan kesihatan.
Sejejar dengan dapatan ini, HPB merancang menganjurkan pelbagai rancangan pendidikan kesihatan untuk remaja.
Berhubung dengan merokok, ia akan meneruskan program-program kawalan merokok di kalangan pelajar, seperti program interaktif 'Clear the Smoke' untuk pelajar sekolah rendah dan 'Too Tuff to Puff' untuk pelajar sekolah menengah.
Pelajar juga boleh ke laman web untuk mengetahui lebih mendalam mengenai kesan-kesan bahaya merokok dan bagaimana untuk berhenti merokok.